Sunday, November 22, 2009

ISLAM ITU MUDAH


Islam itu agama yang mudah. Begitulah kata kunci apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Asri Zainul Abidin dalam rancangan Bahtera Perubahan yang disiarkan di Astro Oasis 106 semalam. Sempat Pena menonton dan mengambil beberapa point utama dan membuat sedikit kesimpulan daripada penyampaian beliau.

Masyarakat sekarang kebanyakan semakin menjauhi Islam. Kenapa? Bertanya kepada diri sendiri. Mungkin pendekatan yang digunakan oleh sesetengah pihak terlalu syadid atau dalam erti kata lain terlalu berat dan juga merumitkan. Hal ini menyebabkan sesetengah pihak yang cuba mendekati Islam secara total, sedikit demi sedikit jauh dengan Islam.


17. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Surah Al- Qamar 54:17)


Kita mengambil contoh dalam usaha pemahaman ilmu tauhid. Cukup mudah Rasulullah menerangkan cara untuk kita mengaplikasikan asas paling utama dalam hidup kita sebagai Muslim. Iaitu dengan memasakkan di dalam hati dengan kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah ,Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”. Bukan sekadar dengan kalimah yang kita lafazkan tetapi perlu disertai dengan pengakuan dari hati yang bersih juga perlu disertai oleh pengamalan dari setiap seluruh anggota badan.

Kadang-kadang pemahaman tentang ilmu tauhid begitu rumit kaedah penerangannya, sehingga membuatkan kita sukar dan bertambah keliru. Ia juga boleh bertukar kepada bentuk pemahaman falsafah yang rumit disebabkan penerangan dan perkaitan yang berat untuk diterima akal. Sebagai contoh lain Allah itu Maha Mendengar. Secara logiknya ia cukup mudah untuk difahami tentang sifat Allah itu. Tetapi bagaimana pula dengan pernyataan ini “Allah itu Maha Mendengar, lawan kepada pekak”? Tidakkah ia menerangkan perkara yang sama berulang kali? Manakan tidak, kita sedia maklum, bila mana Allah itu Maha Mendengar, sudah tentu Dia tidak pekak. Pengulangan atau perincian diakui adalah bagus, tetapi kadang-kadang ia boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan sesetengah pihak.

Sampaikan Islam secara mudah. Itulah yang dikehendaki. Konsep “sesuatu yang lebih susah itu adalah yang terbaik” Itu tidak semestinya dan ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan Islam itu sendiri. Kerana Islam itu mudah.

28.Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah An-Nisa' 4:28)

Contoh lain yang boleh dibawa dalam perbincangan ini ialah keringanan atau rukhsah yang diberikan kepada musafir yang perjalanannya melebihi dua marhalah. Mereka boleh melakukan Solat Jamak dan juga Solat Qasar untuk memudahkan mereka yang masih di dalam perjalanan. Lihat, Islam itu terbukti mudah.

Kesimpulannya, dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapatlah kita fahami bahawa Islam itu agama yang mudah Tetapi ia bukan bermaksud kita memudahkan ajaran Islam dengan melakukan tuntutannya secara acuh tidak acuh. Jangan begitu sama sekali. Sebaliknya, kita mesti melakukan semua tuntutan Islam secara sempurna. Gunakanlah method yang bersesuaian dan mudah ketika menyampaikan Islam supaya agama Allah ini dapat dipelajari dan diamalkan oleh setiap segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial dan sebagainya.

InsyaAllah, sebarang komen atau penambahan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Maaf andai ada tersilap fakta,penjelasan yang kurang jelas dan sebagainya.

Friday, November 13, 2009

Pengajaran Sepanjang Hayat



Diambil dari blog Madam Martinelli IIUM
(http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/08/20/pengajaran-sepanjang-hayat/)


Imam Al-Ghazali ada mengatakan ilmu akan menjauhi orang yang berpangkat. Logiknya, semakin tinggi kedudukan seseorang itu, semakin takut orang lain untuk menegur dan menasihatinya, maka dia akan terlepas dari peluang medapat pengetahuan2 baru.

Seorang mentor saya, ustaz Mokhtar Shafei pernah menasihatkan saya dan suami sewaktu anak2 kami masih kecil dulu, katanya, “Cuba usahakan sebolehnya2 hantar sendiri anak ke sekolah sebab sepanjang perjalanan bersama anak banyak proses pendidikan dapat kita sampaikan.” Kami ikut nasihat beliau dan alhamdulillah memang benar kata2 beliau itu.

Sewaktu saya susah hati melihat kenakalan 3 anak lelaki saya yang sangat lasak, seorang sahabat memujuk saya,”Biarlah nakal macam manapun anak2 kita, pastikan mereka tak tinggal solat” Saya pegang katanya2 dengan mengawal ketat urusan solat anak2. Terbukti katanya2 tepat sekali.

Semasa remaja, guru saya berkata, ” Jangan percaya dengan cinta pertama kerana selalunya ia akan putus di tengah jalan sebab kita belum ada pengalaman menjaga hati kekasih.” Kata2 guru saya itu benar2 berlaku, hati terluka dan apabila saya bangun kembali saya berkata kepada rakan2 sebaya bahawa bercinta itu kerja bodoh kerana bukan saja mendekati dosa tapi menyiksa diri bila ianya gagal.

Semasa saya di universiti seorang sahabat menegur sikap saya yang kerap menolak ‘proposal’ orang. Sahabat saya itu berkata, “Neli, kalau kita menolak lamaran seorang lelaki yang soleh tanpa alasan syar’ie tunggulah malapetaka yang akan menimpa. Kalau menolak lamaran, tolaklah dengan baik dan penuh hikmah tanpa menyakitkan hati orang lain.”

Disebabkan kata2 sahabat itu akhirnya saya menerima lamaran teman sefakulti saya yang begitu sabar menunggu jawapan dan lelaki itu sekarang menjadi suami dan ayah yang baik pada anak2 saya. Kami terus nikah walaupun kami masih belum tamat belajar. Cinta dibina selepas sah menjadi suami isteri dengan mengharungi suka-duka bersama membesar dan mendidik anak2 yang menjadi permata jiwa. Ia menyedarkan saya tentang cinta antara seorang lelaki dan perempuan akan hanya dirasakan nikmatnya yang sebenar apa ia dilakukan dengan penuh tanggungjawab mengikut batas2 yang sudah ditetapkan oleh agama.

Lima tahun lalu seorang pelajar bernama Rizal Rosli pernah datang ke pejabat saya dan berkata, “Kawan saya kata orang yang menjaga solatnya dengan baik, roh solat akan naik ke langit dalam keadaan harum semerbak dan bercahaya. Sampai di langit roh solat akan berdoa, ya Allah jagalah si polan ini sebagaimana dia menjaga aku. Tapi kalau orang yang tidak menjaga solatnya dengan baik, roh solat itu akan naik ke langit dalam keadaan yang busuk dan hitam legam. Sampai di langit roh solat akan berdoa, Ya Allah janganlah pedulikan si polan ini kerana dia tidak menjaga aku dengan baik. Maka sia-sialah hidup orang yang tidak dapat penjagaan Allah disebabkan dia tidak menjaga solatnya dengan sempurna.”

Kata2 Rizal saya pegang sampai sekarang walaupun saya tidak tahu sanadnya kerana meyakini bahawa solat adalah benar2 penting untuk mengawal aktiviti kehidupan seharian kita.

Semasa saya di New Castle Upon Tyne, U.K, seorang kenalan berbangsa Inggeris bernama Margaret menyatakan dia mempunyai 8 orang anak. Saya agak terkejut kerana jarang kita berjumpa orang Inggeris punya ramai anak. Saya lebih terkejut melihat gambar 8 anaknya yang berbagai warna kulit termasuk bermata sepet. Rupanya 7 dari anak2 itu adalah anak2 malang yang dijadikan anak angkat. Usianya yang dalam lingkungan 60 tahun dipenuhi dengan kerja2 kebajikan membantu orang di pusat2 komuniti . Apabila saya bertanya berapa dia dibayar, dia menjawab, “None”.

Margaret menginsafkan saya tentang nilai kemanusiaan.

Seorang kanak2 di Phnom Pehn mengajar saya erti setitik air bersih untuk menghilangkan dahaga. Dia mengutip botol2 mineral bekas kami minum. Sisa2 air itu dikumpulkan dalam satu botol lalu diminum sedikit demi sedikit.

Di tepi sebatang jalan di St Marco, Italy, seorang lelaki tua mengajar saya menghormati orang yang lalu-lalang apabila dia mengambil kertas tisu untuk membersihkan najis yang dilepaskan anjingnya agar orang lain tidak terpijak najis itu.

Seekor anak burung mengajar saya tentang erti husnulzhan di hadapan kaabah selepas saya selesai tawaf wida’. Biasanya burung akan lari apabila kita mendekatinya. Tetapi anak burung yang anih itu berjalan perlahan2 mengelilingi saya seolah2 bertawaf dan naik ke tapak tangan saya apabila saya menghulurkan tangan padanya tanpa rasa cuak.

Pengalaman hidup mengajar saya usah sedih dengan kutukan dan kebencian orang kerana banyak pengajaran yang bakal kita dapati darinya. Jangan gembira dengan pujian dan sanjungan orang kerana itu hanya akan membawa kita menjadi lalai dan kemusnahan akibat riak.

Kalau anda yang membaca blog ini merasakan artikel ini berguna kongsikanlah isinya dengan orang lain agar kita sama2 dapat pahala.

Saturday, July 18, 2009

Renungan untuk wanita


Pernikahan atau perkahwinan,
Membuka tabir rahsia.

Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad Saw.,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayyub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh ........

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama.

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal, kamu pelayarnya,
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawarnya,
Seandainya Suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan takwa,

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah Swt.,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar, yang begitu setia dalam sengsara,
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah.....

Selamat Datang!!

Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangimu
ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang engkau janjikan nikmat untuk hambaMu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
sedih rasa di hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia dikau di sana
setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum wbt..
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah(7X) dan Al-Ikhlas (11X) kepada Allahyarham sahabat yang kita sayangi kerana Allah Nabil Marwan yang telah selamat kembali ke rahmatullah malam tadi.Semoga beliau ditempatkan bersama para auliya' dan solihin.InsyaAllah..

Peringatan juga buat diri kita supaya sentiasa mengingati mati.Imbas kembali kata-kata Imam Al-Ghazali "Yang paling dekat dengan kita islah MATI".Dan tidak lupa,sama-sama kita tidak putus-putus doakan sahabat/sahabiah kita yang sedang di dalam ujian masing-masing Akh Dzulkarnain dan Ukhti Husni juga sahabatku seorang lagi yang namanya Pena rahsiakan atas sebab tertentu.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah ini dan kembali sembuh seperti sedia kala.InsyaAllah.

Muhasabah diri kita sentiasa.KITA BELUM DIUJI seberat mereka..Renungkanlah..
Wassalam..

Monday, June 29, 2009

Manusia sukar berlaku ADIL?

Salam sejahtera kepada semua penziarah penaunggul.Lama sungguh tak mencoret dalam ruangan ni.Agak sibuk dengan urusan dunia.Program,program dan program,Penat...Tapi dalam kepenatan itu,terselit kemanisan. Keterlibatan banyak memberi manfaat, bekerja dengan orang yang lebih banyak pengalaman, belajar cara nak deal dengan macam-macam jenis orang. Oh, barulah kita kenal, rupanya dalam dunia ni, banyak jenis manusia dan karenah.Ambil masa juga nak mengadaptasi diri dengan keadaan semasa.Variasinya manusia manifestasi uniknya tiap makhluk ciptaan Tuhan.

Sekarang,Pena baru memasuki alam cuti.Masa untuk berehat seketika.Berehat dari kesibukan yang sejak dua bulan belakangan ini, tidak henti-henti.Menguji kesabaran juga sebenarnya.Eh,dah lari dari tajuk posting ni.Saja intro panjang sikit.

Kisahnya bermula,begini.Balik saja dari kampus,Pena tengok di rumah ada kucing baru.Masih kecil dan comel.Kucing yang sedia ada sedang pregnant dan bakal bergelar ibu lah tak lama lagi. Jadi,bila mana si ibu ni tengok ada ahli baru di rumah,si ibu ni pun asyik nak bercakar saja.Mungkin sebab ada ahli baru, si ibu ni rasa kurang selesa. Pena terfikir, kenapa si ibu bertindak agresif sejak akhir-akhir ni.1 jawapan yang Pena temui, rupanya kami sudah berlaku tidak adil pada si ibu semenjak kehadiran si kecil tu.Oh, itu jawapannya..

Mungkin sesetengah orang memandang perkara ini sebagai satu benda yang remeh,tetapi tidak pada Pena.Kita cuba kaitkan dengan situasi sekeliling kita. Dalam persahabatan contohnya,adilkah kita terhadapa semua kawan-kawan kita. Mungkin ya, mungkin juga tidak.Jawapan terpulang pada diri sendiri.Fikir-fikirkanlah..

Kita ada ramai kawan di sekeliling,tetapi adilkah kita?Kaitkan juga mengapa wujud situasi tidak adil terhadap kawan-kawan? ada sikap pilih kasih juga di kalangan kita. Kita disyorkan memilih kawan yang baik,berilmu dan soleh. Tetapi,bagaimana dengan kawan-kawan yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas? Adakah terus kita tinggalkan atau bagaimana? Secara positif,teorinya begini, kita sentiasa berdampingan dengan orang yang bernilai positif ni,untuk kebaikan kita.Supaya nilai positif itu meresap masuk secara tidak langsung ke dalam diri.Golongan yang mungkin ada nilai ataupun melakukan perbuatan yang mungkin kurang elok pada pandangan umum termasuk kita sendiri tidak harus diketepikan.Rapatkanlah diri dengan mereka dengan niat untuk memperbetulkan yang mana perlu dan setakat mampu.

Elakkan meng 'over rate' diri sendiri.Merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul. Kesalahan orang lain pula sentiasa di 'highlight'.Bukan sebagai pengajaran,tetapi untuk memburukkan.Semoga kita dijauhkan dan sama-sama kita ubah andaikata kita golongan itu.

Bersahabatlah dengan seramai mungkin.Bak kata pepatah "berkawan biar beribu,bercinta biar satu". Tapi nak lebih pun boleh.Hehe.Berlaku adil dengan semua, keluarga,sahabat,binatang dan yang paling penting adil pada diri sendiri. Apa maksudnya?Pena tinggalkan persoalan itu untuk pembaca sekalian mencari jawapannya.

p/s: TREAT EVERYBODY EQUALLY! =)

Tuesday, June 9, 2009

Waspada!!

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen.

2.. Jangan makan udang selepas mengambil pil
vitamin C !!. Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam
sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan
ni 'Bah Kut Teh' (babi).
Banyak
orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum
terlambat. Cuba tuangkan
Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap,
anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari
sana.Fakta diperolehi
dari 'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam
shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum
terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa
yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi
bahan ini ialah; Vo 5,Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru
keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal
Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth
Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, 'Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan
busa
yang banyak'.Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee
segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-
kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang
doktor.Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee
segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya
disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang
lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah
dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk
mendapat barah' Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang
mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna
dicampur bersama gorengan bawang yang
bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur
lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah
kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat
sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang
yang anda sayangi dan pengguna yang masih
belum disedarkan lagi.

Saturday, May 23, 2009

Sambungan..antara naluri dan firasat?

Akal fikiran dan perasaan dianugerahkan Allah kepada tiap manusia.Inilah yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain ciptaan-Nya.Akal fikiran kita dihiasi dengan naluri dan gerak hati sebagai pelengkap kepada kejadian manusia itu sendiri. Kita juga kerap kali menggunakan naluri dan gerak hati dalam membuat keputusan terhadap segala masalah seharian yang kita hadapi.

Ketajaman naluri seseorang tidak dapat dinafikan kerana kebolehannya dalam meneroka alam psychic merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Kemampuan seseorang untuk mengawal naluri dan gerak hatinya memungkinkan seseorang itu dikatakan mempunyai kuasa dalaman yang dipanggil "sixth sense" ataupun deria keenam. Anugerah Allah ini berbeza untuk setiap orang.Samada kita sedar mahupun tidak,kita berpengalaman merasai ketajaman naluri atau tidak, hakikatnya ia tetap berlaku.

Berdasarkan sedikit survey yang Pena buat juga sedikit pembacaan dan pengalaman, ketajaman naluri atau gerak hati kita bergantung pada sejauh mana sucinya hati kita dan juga mempunyai kaitan hubungan kita dengan Allah.Renung sejenak, apabila hati dikotori dengan benda-benda yang tidak sepatutnya,dan hubungan kita dengan Dia juga semakin renggang,maka apa yang naluri ataupun gerak hati kita katakan tidaklah sepersis realiti kejadian sebenar dan vise versa.

Konklusinya di sini,pesanan untuk diri Pena juga sahabat-sahabat seakidah,betapa pentingnya untuk kita memelihara kesucian hati dari segala noda sedikit demi sedikit. InsyaAllah, pembacaan gerak hati kita akan menjadi lebih persis dan segala yang diputuskan oleh gerak hati,boleh diguna pakai sebagai sumber yang tepat dalam membuat keputusan di samping bantuan dari akal yang dianugerahkan.Wallaua'lam..sekadar perkongsian.

Saturday, May 16, 2009

Antara firasat dan naluri?Samakah?

Sejak belakangan ini,persoalan samada adakah terdapat persamaan antara firasat dan naluri kerap bermain di minda.Samakah antara firasat dan naluri?? Sebelum ini,Pena sangkakan firasat dan naluri adalah sama.Tetapi,berdasarkan survey dan sedikit analisis pengalaman yg pernah dibuat,hakikatnya ada perbezaan antara firasat dan naluri.Cuba kita amati dua analogi ini:-

1)Izzul sudah lama tidak berjumpa dengan sahabatnya.Pada suatu petang,dia berada di masjid selepas menunaikan solat Asar,tiba-tiba hatinya terdetik "Alangkah bagusnya kalau aku dapat berjumpa Adli petang ini".Dengan secara tidak langsung,kawan yang dinanti-nantikan,datang menyapanya dari belakang.Adakah kata-kata hatinya suatu kebetulan atau bagaimana??

2)Aqif sedang menunggu bapanya menjemput pulang dari sekolah.Tiba-tiba,ada seorang pelajar hendak melintas jalan raya,tanpa menoleh ke kiri dan kanan.Gerak hati Afiq mengatakan kemunkina pelajar tersebut akan dilanggar.Sedangkan pada waktu itu,tanpa disedari ada sebuah kereta bergerak sederhana laju lalu melanggar pelajar tersebut.Logiknya pelajar tersebut kemalangan disebabkan tidak berhati-hati ketika hendak melintasi jalan raya.


Dua situasi di atas sangat berbeza.Antara naluri dan firasat..Susah untuk dibezakan kerana kedua-duanya bergerak seiring dan hampir menyerupai antara satu sama lain. Lebih baik kita kembali kepada definisi naluri dan firasat untuk kefahaman yang lebih jelas.

Naluri ialah gerak hati yang hadir secara jujur dari hati seorang manusia itu sendiri.Manakala,firasat lebih cenderung kepada gerak hati yang dipengaruhi faktor-faktor luaran.Dalam situasi pertama,digambarkan Izzul sangat ingin berjumpa dengan sahabatnya.dengan kuasa Allah,maka berjumpalah mereka di masjid.Inilah yang dinamakan naluri.Tetapi,dalam situasi kedua,Aqif menjangkakan pelajar tersebut bakal kemalangan kerana secara logiknya,dengan kecuaian ketika melintasi jalan raya.Ini pula dinamakan firasat kerana didorong oleh faktor-faktor luaran.Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.

Sambungan seterusnya bakal menyusul.Tunggu..:)

Monday, May 11, 2009

PERLUNYA BERSAHABAT

Al-Qamah berpesan kepada puteranya dengan katanya, "Wahai anakku,sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau hendaklah memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1.Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungimu.

2.Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,dia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan,dia akan menerimanya dengan baik.

5.Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupinya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (malu meminta kebajikan)daripadanya,dia akan bertanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana atas dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.

10.Jika engkau bertanya kepadanya,nescaya dia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu,nescaya dia akan membantu.

12.Jika kamu berselisihan faham, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU..ENGKAU PERMATA HATIKU!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, May 8, 2009

Taqwa Abu Bakar

Assalamualaikum..lama sudah Pena tak mencoret di PenaUnggul ni.Sangat sibuk dengan program dalam semester pendek dan berehat seketika. Menenangkan minda dan jiwa. Alhamdulillah,semuanya kembali normal. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat serba ringkas yang mana kita boleh jadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian kita.InsyaAllah..

Kisah ini Pena petik dari bahan bacaan kisah para sahabat Baginda Rasulullah SAW.Mungkin sebahagian dari kita sudah mengetahui kisah ini tapi rasanya tak menjadi kesalahan untuk kita refresh kembali kisah sahabat Baginda ini.insyaAllah..

Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar ra merupakan manusia yang paling tinggi martabatnya di kalangan sahabat.Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan tentang kedudukannya yang mulia di syurga Allah kelak.

Baginda bersabda:
"Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya"

Namun,walaupun telah dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah SAW,perasaan takutnya kepada Allah masih kuat tersemat di hatinya.Beliau sering berkata:

"Alangkah baiknya aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"

"Alangkah baiknya aku menjadi sehelai rumput yang riwayatnya akan tamat apabila dimakan oleh binatang ternakan"

Pada satu hari,beliau telah pergi ke suatu tempat di mana seekor burung sedang berbunyi,katanya:

"Wahai burung,sangat bertuah kamu.Engkau makan,minum dan beterbangan di bawah naungan pokok-pokok tanpa sebarang perasaan takut tentang Hari Perkiraan.Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung"

Pernah dicerikan oleh Rabi'ah Aslami,pada suatu hari,beliau telah bertengkar dengan Abu Bakar,dan Abu Bakar telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat kepadanya.Abu Bakar lalu menyedari kesilapannya dan meminta agar Rabi'ah membalas kembali dengan menggunakan kembali perkataan tersebut kepada beliau.Akan tetapi,Rabi'ah enggan berbuat demikian.Lalu,Abu Bakar ingin merujuk kepada Rasulullah.Beliau meninggalkan Rabi'ah yang masih enggan membalas kembali perbuatan Abu Bakar.

Beberapa orang ahli puak Rabi'ah sangat hairan dan mencemuh Abu Bakar "Aku hairan dengan orang ini.Dia yang melakukan kesalahan,dia pula yang mengancam untuk mengadu kepada Rasulullah.."Lau,Rabi'ah dengan segera menyampuk."Kamu tahu siapakah dia?Dialah Abu Bakar.Menyinggungnya beerti menyinggung Nabi.Menyinggung Nabi beerti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah,siapakah gerangan yang akan menyelamatkan aku?"

Lantas,Rabi'ah segera berlalu dan menemui Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang telah berlalu antara mereka.Rasulullah berkata:"Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya.Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya,sekurang-kurangnya berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu wahai Abu Bakar."

Begitulah sahabat-sahabat ketaqwaan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.Beliau tidak mahu menerima pembalasan Allah di akhirat kelak menyebabkan beliau memaksa Rabi'ah Aslami
membalas penggunaan kata-kata kesat terhadap beliau.Betapa takutnya beliau akan azab Allah di sana.Mari kita renung kembali,adakah kita seperti beliau?Adakah kita pasti tiap apa yang kita tuturkan benar-benar menjaga hati sahabat kita mahupun orang sekeliling?Andaikata sahabat kita terguris dengan kata-kata tajam kita,sanggupkah kita menerima kembali dibalas dengan kata-kata 'tajam' tersebut? Agak mustahil untuk kita terima dengan terbuka.Mungkin sebaliknya akan berlaku kejadian yang lebih serius dari itu lagi.

Sama-samalah kita bermuhasabah kembali diri kita ini,apa yang kita tuturkan,perbuatan dan pergaulan sehari-harian kita dengan sahabat-sahabat.Jagalah hati sahabat kita.Elakkan kata-kata kesat dan kiasan yang terlampau yang bakal mangguris perasaan sahabat-sahabat.Tanpa mereka,siapalah kita.Sahabat adalah antara aset yang paling berharga buat kita.Hargailah mereka seadanya walaupun memadai hanya dengan ucapan "Terima kasih sahabat".Sentiasa melebihkan sahabat-sahabat dalam kebanyakan hal.Inilah yang dituntut untuk menyemai ukhwah fillah selamanya.InsyaAllah..

Dalam kesempatan ini,ingin Pena memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali andaikata semusim ukhwah kita bersama,Pena telah banyak melakarkan warna gelap dalam persahabatan kita.Asif jiddan.Pena bertuah mendapat sahabat seperti kalian..wassalam..

Thursday, May 7, 2009

If you want something,
you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..


but it is a shame if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that i'm not lying"

"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"

Sunday, April 12, 2009

hadiah yang paling berharga..

Beberapa minit lagi akan ku akhiri usia 19 tahun ini..Tiada lagi istilah remaja belasan tahun untuk diri ini.Aku akan melangkah ke alam 20-an.Tidak lupa untuk insan tersayang yang juga menyambut hari bermakna dalam April ini yang akan ku senaraikan seperti berikut:-

(1)Adik tersayang - Arjina Suhaimi (3 April 1990)
(2)Sahabatku - Ahmar Zuber (4 April 1989)
(3)Sahabatku - Ramdzan (8 April 1989)
(4)Sahabatku - Azwan (9 April 1989)
(5)Diri yang lemah ini - (13 April 1989)
(6)Sepupuku - Amirul Hafiz (20 April 2005)
(7)Sepupuku - Wan Mohd Nizammuddin (25 April 1994)
(8)IBU YANG DIKASIHI - Juliah (27 April 1964)
(9)Mak Su yang amat rapat denganku - (29 April 1983)

dengan ucapan "Selamat Hari Lahir,Semoga Pertambahn Usia Selari Dengan Pertambahan Iman & Amal.InsyaAllah.Aku Menyayangi Kalian"..Terima kasih atas ucapan yang bertalu-talu ku terima sehingga penuh inbox handphone ku.Ucapan terawal dari IBU & ABAH YANG DIKASIHI,disusuli rakan-rakan yang lain.Cuma satu ucapan yang amat menyentuh kalbu dari sahabat yang amat aku kagumi dengan keperibadiannya dan keluhuran budinya yang hebat.Bukanlah semata kata-kata indah tetapi peringatan untuk diri ini terhadap kematian.Semakin bertambahnya usia,semakin dekat kita dengan kematian.Renungkanlah bersama-sama..Terima kasih sahabat,mengingatkan aku.Ku kira antara ucapan yang mengungkap seribu satu makna dan menuntut seinfiniti perubahan pada diri ini.InsyaAllah.. .

Saturday, April 11, 2009

April datang lagi..

Datang lagi April ini...Bulan penuh makna.Bulan muhasabah dan peringatan usia ini sedang meningkat juga tidak lupa tarikh penting untuk insan-insan tersayang..Di sebalik suka terselit juga cebisan duka..7 tahun dah berlalu.7 tahun telah kau tinggalkan daku.Antara sedar dan ilusi,terasa baru semalam peristiwa tu berlaku..Ya Allah, tabahkanlah hati ini untuk ku teruskan coretan ini..

Bila sendirian fikiranku buntu..Teringatkan dirimu..Dikau tiada lagi di sisiku,hatiku sayu bertambah pilu..Sahabat,kau inspirasiku..Kau mengajarku erti kehidupan ini.Takkan kulupakan nasihatmu kerana ia berguna padaku.Seringkali aku berdoa padaNya,agar tabah menyusuri hidup ini..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk ku tempuhi hidup yang mencabar ini..

Indahnya ikatan ukhuwah yang kita bina akhirnya tinggal kenangan.Namun ku redha,ini kehendak Ilahi.Kehadiranmu walaupun sementara cukup untuk memberikan cebisan detik-detik indah untuk ku terus hayati hingga tiba giliranku pula menyahut panggilan Rabbi..

5 April 2002 tanggal bersejarah..

Baru semalam(4 April) kami dikhabarkan berita tentang keadaan kesihatanmu yang kian pulih sewaktu bacaan Yaasin yang menjadi ritual mingguan sekolah.Semua sahabat turut berasa lega dengan perkhabaran tersebut.Tetapi pengumuman pagi 5 April merupakan sesuatu yang pelik.Tidak pernah selama menuntut di situ, ada pengumuman pada waktu pagi. Sesuatu yang tidak kena mungkin telah berlaku.Sedang asyik aku menseterika sampin untuk dipakai pada pagi Jumaat itu, Abg Arif selaku Ketua Pelajar,membuat satu pengumuman "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un,adalah dimaklumkan bahawa sahabat kita Mohd Hafidzullah telah kembali ke rahmatullah...".Serentak dengan pengumuman itu,berderai air mataku. "Ya Allah,betulkah semua ini?"aku bermonolog sendirian.Semua ahli dorm Darul Hana' terkesima seakan-akan tidak percaya apa yang kami dengari.Terhenti semua kerja.Ku biarkan sampin yang masih bersisa kedutnya lalu berlari ke kelas.

Terduduk aku di tempatku menenangkan diri supaya hakikat itu dapat kuterima.Merenung sejenak ke tempatmu yang terletak di sebelahku membuatkan aku bertambah sebak.Tak dapat mengawal kesedihan yang mebuak-buak ini. Seminggu yang lalu, keadaan kesihatanmu tiba-tiba tidak menentu. Pendarahan dari mulutmu yang tidak diketahui puncanya, membuatkan semua orang musykil terutama abang kandungmu,Fadzullah. Lalu,sesudah dimaklumkan kepada pihak sekolah,keluargamu mengambil keputusan untuk membawa dikau pulang ke kampung halaman di Perak bagi mendapatkan rawatan tradisional setelah laporan kesihatan dari pihak hospital tidak dapat mengenalpasti apakah penyakit yang dikau hadapi.

Tidak ku sangka,hari itu adalah hari terakhir kita bersua..Masihku ingat gurauan terakhirmu, ketika menumpang tidur di katilku..Seolah-olah petanda awal pemergianmu.Namun sayang,tidak ku sedari petanda itu.Lemahnya diri ini.Akan ku ingat kata-kata terakhirmu untukku sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.Pesanan yang bermakna itu ku terima melalui nenekmu sewaktu aku berkunjung memberi penghormatan terakhir.InsyaAllah Hafiz,akan ku ingat hingga ke akhir hembusan nafasku ini..Senyum dan tawamu akan sentiasa menjadi inngatan di hati ini. Walaupun ketiadaanmu di sisi,namun akan ku teruskan perjuangan dengan membawa semangat dirimu.

Terima kasih Hafiz kerana mengajarkan erti persahabatan..Dikau hadir di kala aku memerlukan seorang teman..dikau bawa secebis bahagia bila aku hampir berputus asa.Kau bawa sinar cahaya di hatiku yang terluka..Dikau hadir tepati waktunya membawa sinar ceria..Semusim ukhuwah kita bersama terlalu banyak duka yang kau telan.Maafkan aku teman andai sering melakar warna pudar dalam hidupmu..Moga pelangi ukhuwah yang pernah wujud menyamai cinta pada-Nya..Amiin..



Wednesday, April 8, 2009

duhai sahabatku...para muslimah


BismiLlahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh
ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah
dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana
peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama
Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.
Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan
membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan
nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa
sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa
kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan
kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang
menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah
mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana
sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan
yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata
yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara
lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan
perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan
lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan
akalmu sebelum bersuara dan pandanglah t eman
bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang
menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan
durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka
mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah
tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar
sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah
setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan
bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta
keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini
berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan
pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.
Sedarlah,
hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri;
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa
hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana
ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian
dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang
berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh
mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala
kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau
berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan
zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau
bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu
dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu
jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau
hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon
keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan
keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan
Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di
segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti
kehidupan.

Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau
terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali
pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk
agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan
tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya
Allah..

Alkhirul kalam,ingatlah, walau setinggi manapun
kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali
menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan
dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah
lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah
yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan
tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.

Monday, January 26, 2009

Tahniah dan Takziah!

Wah,tiba2 je rase nak menulis lagi hari ini.Maklumlah,cuti2 ni,tak ada plan khusus..lagipun berehat sebentar setelah penat sangat dalam masa 2 minggu.banyak urusan yang perlu Pena settlekan luar dan dalam..
Baru 4 hari selepas selesainya Pilihan Raya Kampus (PRK2009) di UIAM.Di universiti lain sekitar kawasan terpilih juga baru selesai PRK lebih awal sedikit berbanding kampus Pena.Sepatutnya PRK diadakan pada 19 Januari,tetapi nak dijadikan cerita, disebabkan ada insiden tumpahan minyak ke dalam sungai yang menjadi sumber utama air di kawasan Gombak,kami juga turut terjejas.Jadi PRK ditangguhkan ke tarikh baru iaitu 22 Januari 2009 untuk memudahkan segala urusan oleh mana-mana pihak.Antara sedar mahupun tidak,tanggal 22 Januari 2009 yang lepas adalah hari bagi mahasiswa di UIAM melaksanakan tanggungjawab mereka memilih calon-calon yang dirasakan layak untuk mewakili mereka dalam melontarkan suara-suara mahasiswa dalam pelbagai isu.
Dengan menggunakan sistem e-voting seperti tahun-tahun yang lepas,alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Calon-calon yang bertanding mewakili setiap kuliyyah yang ada di UIAM.Mereka tidak mewakili nama persatuan tertentu sebagaimana di sesetengah universiti lain (mengikut sumber pembacaan yang boleh dipercayai).
Walaupun terdapat 'perang saraf' yang berlaku ketika kempen dijalankan,dengan tersebarnya risalah-risalah panas yang mengetengahkan pelbagai isu-isu baru yang Pena sendiri baru tahu.Di mana kesahihannya??Wallahua'lam..Tapi,bersyukur ke hadrat Ilahi semuanya berjalan dengan lancar.Satu pengalaman pertama yang menarik ketika menghadapi PRK (maklumlah,baru tahun pertama)hehe..
TAHNIAH! Sekalung ucapan untuk calon-calon yang terpilih untuk menjadi wakil kepada mahasiswa di UIAM.Juga tidak lupa diselitkan ucapan TAKZIAH kepada mereka sebagai peringatan kerana bertambah lagi 1 tanggungjawab untuk mereka galasi.Jangan sesekali menganggap posisi yang mereka pegang hanyalah untuk suka-suka,mencari publisiti dan sebagainya.Tapi ingatlah kepada calon-calon yang berjaya,semoga mereka berjaya dan berusaha dalam menunaikan segala manifesto yang mereka perjuangkan ketika sibuk berkempen.Bukan sekadar kata-kata yang tercoret di atas kertas.InsyaAllah..
Wallahua'lam..

Mari BOIKOT!!


















Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.agak lama pena menyepi dari penulisan blog ini.asif jiddan.maklumlah,sejak belakangan ni agak busy dgn tugas2 baru dan yg sedia ada..sedangkan masa untuk diri sendiri pun tak cukup..hehe..teringat Pena pada kata-kata Imam Hassan Al-Banna "tanggungjawab yang ada melebihi masa yang ada". Memang betul apa yang diperkatakan beliau.Kalau tak percaya,Pena sarankan alamilah sendiri..:)


Bukan itu topik yang Pena ingin ketengahkan,tapi tentang isu panas yang masih lagi terasa kehangatannya terutama kepada kita yang beragama Islam.Rasanya semua sudah tahu apa yang Pena akan perkatakan,cuma masih belum terlambat untuk Pena refresh kembali peristiwa serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan telah memusnahkan sebahagian besar bumi Palestin di bahagian Gaza.Sehingga menyebabkan kematian yang melibatkan orang awam lebih kurang 1200++.


Banyak juga demonstrasi yang dijalankan samada di dalam ataupun di luar kampus,bagi mengecam isu Palestin ini.Sempat juga Pena merasai pengalaman join demonstrasi ni.Satu pengalaman baru di mana di situ kita dapat melihat semangat kita antara satu sama lain yang mempunyai kesedaran terhadap isu-isu Palestin.Dalam masa yang sama,sedihnya,ada juga segelintir masyarakat Islam kita yang tidak peka tentang isu ini.Mereka hanya menganggap isu Palestin hanyalah isu dalam kalangan negara-negara Arab.Tapi,persepsi mereka sebenarnya silap.


Isu Palestin dan negara-negara sebelum ini yang pernah menjadi berita di dada-dada akhbar,kaca-kaca televisyen,sebenarnya bukanlah isu negara Arab semata-mata.Tetapi,ia adalah isu umat ISLAM..sanggupkah kita yang mengaku beragama ISLAM,tapi bila mana muncul tragedi kekejaman terhadap saudara seagama kita,kita berdiam diri???bagaimana jika tragedi yang sama berlaku di negara kita,dan kita tidak dipedulikan??fikirkanlah sendiri dengan kesempurnaan akal fikiran yang dikurniakan.



Kita sebagai umat Islam harusnya membantu saudara-saudara kita di sana. Memang diakui,untuk ke sana dan berperang menghadapi zionis amatlah mustahil. Tapi janganlah kita lupa,terdapat berbagai alternatif lain untuk kita membantu mereka.Salah satu caranya adalah dengan memBOIKOT produk-produk keluaran Israel. Akan Pena senaraikan antara produk-produk tersebut.Setiap RM yang kita belanjakan untuk produk itu,sama seperti kita menyumbangkan dana kepada Israel bagi menyediakan peluru-peluru,bom dsb bagi menyerang saudara kita di sana. Sama juga seperti kita yang membunuh saudara kita sendiri.Sanggupkah anda?? Fikirkanlah sendiri..


Di samping doa yang tidak putus2 memohon kepada Ilahi agar diselamatkan saudara2 kita di sana, kita sebagai umat Islam haruslah bersatu atas isu ummah,bukanlah dibatasi oleh sempadan negara,perbezaan fahaman politik yang membuatkan kita berpecah belah.Salah satu punca kelemahan kita yang diambil kesempatan oleh orang luar ialah masalah tidak bersatu sebagai satu ummah.Teringat Pena akan satu statistik yang dikemukakan oleh pensyarah sewaktu kelas minggu lepas. Statistik tersebut menunjukkan segala pencapaian cemerlang dari segi teknologi,inovasi dan sebagainya dipelopori oleh bangsa Yahudi.Satu persoalan yang timbul dari statistik ini "mengapakah tidak umat Islam sendiri mempelopori kejayaan tersebut?".Jawapannya terletak pada diri kita,samada untuk menjawab dengan perkataan mahupun dengan perbuatan.Hakikatnya,bukanlah kita tidak bijak dan tidak mempunyai kelebihan seperti mereka.Kita sendiri haruslah mencari inisiatif dalam memantapkan diri dari segi mental,spiritual dan fizikal agar kita bersaing dengan masyarakat beragama lain di samping untuk mempertahankan agama dan umat Islam di muka bumi Allah ini.



Amalkan resolusi 7B yang disarankan untuk bantu saudara-saudara seIslam kita di sana:-

-BERDOA untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka(saudara-saudara di Palestin)

-BOIKOT produk-produk keluaran Yahudi(strategi jangka panjang untuk melemahkan

ekonomi mereka yang menjadi sumber kepada peperangan yang dilancarkan)

-BUAT artikel,risalah,ataupun posting di blog masing untuk bagi kesedaran kepada

masyarakat tentang isu ini

-BETULkan persepsi dan majukan diri untuk menjadi umat yang berbakti kepada agama dan

umat Islam

-BANGKIT dan BERANI untuk tampil BERSUARA dalam usaha mengecam kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam (tidak dibatasi oleh apa status kita sekalipun,mahasiswa,pekerja dsb)


Wallahua'lam..