Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangimu
ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang engkau janjikan nikmat untuk hambaMu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
sedih rasa di hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia dikau di sana
setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum wbt..
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah(7X) dan Al-Ikhlas (11X) kepada Allahyarham sahabat yang kita sayangi kerana Allah Nabil Marwan yang telah selamat kembali ke rahmatullah malam tadi.Semoga beliau ditempatkan bersama para auliya' dan solihin.InsyaAllah..

Peringatan juga buat diri kita supaya sentiasa mengingati mati.Imbas kembali kata-kata Imam Al-Ghazali "Yang paling dekat dengan kita islah MATI".Dan tidak lupa,sama-sama kita tidak putus-putus doakan sahabat/sahabiah kita yang sedang di dalam ujian masing-masing Akh Dzulkarnain dan Ukhti Husni juga sahabatku seorang lagi yang namanya Pena rahsiakan atas sebab tertentu.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah ini dan kembali sembuh seperti sedia kala.InsyaAllah.

Muhasabah diri kita sentiasa.KITA BELUM DIUJI seberat mereka..Renungkanlah..
Wassalam..

No comments: