Saturday, April 30, 2011

Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 2


  • Pertama sekali benda yang aku terfikir ialah mengapa Royal Wedding ni begitu gah dan ditunggu-tunggu?
  • Kedua, adakah hidden agenda dalam penyiaran Royal Wedding tersebut? Apakah kesannya kepada masyarakat kita?
  • Ketiga, apakah hukum orang Islam masuk gereja?

Persoalan-persoalan tadi, kini mula aku cari jawapannya satu persatu. Lalu aku Google untuk mencari beberapa sumber yang boleh diguna pakai. Ada di antaranya adalah fakta, ada juga yang merupakan pandangan peribadi penulis blog dan sebagainya.

Persoalan pertama: Mengapa Royal Wedding ini ditunggu-tunggu?

Pandangan peribadi:

1.Mungkin ia ditunggu-tunggu setelah 30 tahun lepas diadakan Royal Wedding yang gemilang di antara Prince Charles dan Princess Diana iaitu pada 19 Julai 1981Walaupun perkahwinan kedua Prince Charles bersama Camilla Parker diadakan pada tahun 2005, namun ia tidaklah semeriah sewaktu Prince Charles mengahwini Puteri Diana 30 tahun lepas..

2.Mungkin juga, ini adalah perkahwinan putera kepada Princess Diana yang mempunyai pengaruh peribadinya yang tersendiri ketika menjadi isteri kepada Prince Charles. Beliau dikatakan sangat aktif dalam gerak kerja kebajikan membantu masyarakat dan pernah digelar wanita paling cantik di dunia. Beliau boleh dikatakan sebagai mesra rakyat walaupun seorang Princess. Namun, rakyat Britain kehilangan beliau pada tahun 1997 apabila beliau terlibat dengan kemalangan bersama kekasihnya Dodi Al-Fayed selepas bercerai dengan Prince Charles secara rasmi pada 1996.

3.Terbaca tentang terdapat kemungkinan bahawa Prince William akan melangkaui ayahandanya dalam pewarisan takhta. Ini bermakna beliau akan menjadi King selepas Queen Elizabeth II. Tetapi, dalam news baru-baru ni, dinafikan perkara tersebut.

4.Perkahwinan Duke dan Duchess of Cambridge ini dikatakan menjadi satu simbolik ataupun indication kepada kestabilan institusi beraja Britain selepas kegagalan rumah tangga di antara Prince Charles dan Diana.

Persoalan kedua ini timbul,adakah terdapat hidden agenda yang cuba disampaikan ketika tayangan secara langsung ini yang penontonnya mengikut laporan yang diberikan TLC sebanyak 2.5 billion. Wah,sangat ramai. Persoalan ini timbul ketika ayah bertanyakan pendapat aku ketika kami sama-sama menonton Royal Wedding ini samada wujud ataupun tidak agenda tersembunyi di sebalik semua ini.

Pandangan peribadi:

Tayangan secara live ini bermula dari upacara persiapan perkahwinan dan majlis itu sendiri. Apabila upacara pernikahan mereka yang disiarkan live dari gereja Westminster Abbey, seluruh dunia menyaksikannya. Secara langsung lagi makanya tersebarlah pengaruh keagamaan kepada penonton. Ya, kita harus mengetahui bagaimana adat dan upacara keagamaan agama lain untuk proses memahami. Cuma apa yang merisaukan jika ibu bapa tidak memainkan peranan memberikan penerangan yang jelas bahawa itu adalah adat orang Kristian. Cara kita sebagai Muslim dalam upacara pernikahan berbeza sama sekali dan perlu disertakan dengan rasional yang berhikmah tanpa memburukkan pihak lain. Barulah penonton terutamanya anak kecil dapat membuat perbezaan sendiri.

Kesan kepada masyarakat amnya?

Hatta orang dewasa yang fahampun akan mudah terpengaruh.Inikan pula anak kecil. Kita lihat, majlis perkahwinan kini, diadakan dengan gilang gemilang, dengan flower girls nya, gaun yang panjangnya hampit 3 meters, sama seperti tayangan semalam. Ia dicedok bulat-bulat dari Barat. Walaupun ia hari bersejarah, namun unsur kesederhanaan itu langsung tidak ada. Akhirnya, berhutang sana sini. Jangan kita lupa, krisis kewangan juga boleh menjejaskan institusi rumah tangga. Jadi,berpadalah dengan apa yang ada.

Persoalan ketiga: Apakah hukum seorang Muslim memasuki gereja? Lalu aku mendapatkan jawapan dari link ini, untuk kita hayati dan fahami bersama:

http://berita-harian-online.com/hukum-masuk-gereja/

Hukum Masuk Ke Gereja
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana’ jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

“Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka.”

Wallahua'lam..itu saja untuk entry Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 2. Nantikan Part 3 yang akan membincangkan tentang impak positif dan negatif kepada ekonomi dan kesan pengaruh ikon dunia kepada dunia Islam.





1 comment:

MASYITAH MD.HASSAN said...

sebuah post yg baik..tahniah..^_^