Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan, ujian yang tidak melemahkan, dugaan yang tidak menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk menjadi lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembes menerjah ke pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian" Pencipta sebagai tanda ingatanNya.
Thursday, May 13, 2010
Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa 2010
Pada 11 Mei 2010, saya bersama-sama dua orang lagi wakil MPP UIAM iaitu sdr. Ahmad Khairul Azman (Chairperson Spirituality & Islamization Secretariat) dan Sdr. Ahmad Rafiqi Rosli sempat menghadiri Kongres Pemimpin Mahasiswa 2010 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Kongres yang bertemakan 1Malaysia Beritegriti:Mahasiswa Melestari ini dihadiri oleh perwakilan dari MPP, kelab dan asrama IPT seluruh Malaysia.Sempat juga mengikuti pembentangan kertas kerja oleh Dr. Sarjit Singh Darshan Singh Gill Universiti Putra Malaysia (UPM).Pembentangan turut disampaikan oleh bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Antara pengisian yang ingin dikongsi sepanjang mengikuti pembentangan kertas kerja tersebut adalah mahasiswa perlu bersifat idealistik. Kerana dengan idealisme mahasiswa inilah mampu melahirkan golongan yang membuat sesuatu out of the box seterusnya memberi impak yang luar biasa kepada negara. Tetapi,dengan sifat idealisme semata-mata tidaklah membantu kerana kita berhadapan dengan realiti yang jauh tersimpang dengan idea atau bayangan minda kita. Jadi,perlulah bijak dalam kalangan mahasiswa untuk menyesuaikan sifat idealistik mereka dengan nilai-nilai positif sebelum turun ke lapangan sebenar (lapangan masyarakat).
Nilai kedua, mahasiswa perlu menanam sikap cintakan ilmu (intelektualisme).Ambillah peluang ketika berada di menara gading kerana di sinilah medan untuk kita mencanai potensi diri dengan keterlibatan dengan program-program yang dianjurkan pihak universiti juga persatuan belia di luar sebagai pendedahan awal.
Mahasiswa alaf baru terutamanya pemimpin pelajar amat berbeza jika kita bandingkan dengan mahasiswa ketika era 1960-an. Mahasiswa kini lebih tertumpu kepada isu-isu domestik kampus masing-masing seperti soal kenaikan harga makanan, isi penginapan dan sebagainya. Tidak dinafikan kepentingan menjaga kebajikan pelajar adalah satu prioriti kepada pemimpin mahasiswa. Tetapi, jangan sampai tumpuan kita pada isu domestik menyebabkan kita kurang respon dan cakna terhadap perkembangan luar seperti isu MEB, NKRA, RMK-10 dan lain-lain.
Peranan mahasiswa era ini haruslah lebih agresif sehebat perjuangan mahasiswa era dahulu. Dalam memartabatkan mahasiswa di kalangan masyarakat, menghormati antara satu sama tidak mengira bangsa dan etnik adalah amat penting. Nilai moral dan rohaniah dalam agama masing-masing perlu dihayati dan dikongsi bersama.Mahasiswa perlu terkedepan dalam melontarkan pandangan kepada pihak berwajib terutamanya dalam merespon sesuatu isu. Hal ini adalah amat penting kerana suara mahasiswa perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan dibuat kerana kita sebagai generasi muda dan berilmu bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak.
Namun, dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa berkualiti dan berintegriti, banyak cabaran dalaman mahupun luaran yang mesti dihadapi oleh mahasiswa. Saranan kepada MPP khususnya, adalah perlu untuk menggalakkan pembangunan minda kritis dalam kalangan mahasiswa kampus di samping mempromosikan integriti dengan menjadi role model dan menganjurkan program-program yang menerapkan nilai integriti.
Kesimpulannya,sebaran mesej dan budaya integriti perlulah lebih meluas dalam kalangan mahasiswa kampus di samping tidak lupa menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model terbaik dalam menjadikan diri kita mahasiswa berintegriti.Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment