

Kami bergerak dari Masjid As-Syakirin Gombak ke beberapa kawasan perumahan di Subang untuk kutipan derma dan berkempen.Ia di akhiri dengan perhimpunan perdana yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam dengan persembahan beberapa kumpulan nasyid terkenal seperti Raihan, Muadz dan shoutul Harakah.



Alhamdulillah,semuanya lancar dan ia merupakan satu pengalaman baru kepada kami untuk turun kepada masyarakat.Sebagai insan yang bergelar mahasiswa ataupun pemimpin mahaasiswa, pendedahan seperti ini amat bermakna supaya kita dapat membiasakan diri dengan realiti kehidupan semasa.Fokus kita perlulah lebih mencapah dari isu-isu domestik kampus sehingga isu kemasyarakatan. Semoga usaha ini beterusan demi melahirkan mahasiswa cakna masyarakat dan seterusnya menjadi penggerak masyarakat.InsyaAllah.


No comments:
Post a Comment