Saturday, May 23, 2009

Sambungan..antara naluri dan firasat?

Akal fikiran dan perasaan dianugerahkan Allah kepada tiap manusia.Inilah yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain ciptaan-Nya.Akal fikiran kita dihiasi dengan naluri dan gerak hati sebagai pelengkap kepada kejadian manusia itu sendiri. Kita juga kerap kali menggunakan naluri dan gerak hati dalam membuat keputusan terhadap segala masalah seharian yang kita hadapi.

Ketajaman naluri seseorang tidak dapat dinafikan kerana kebolehannya dalam meneroka alam psychic merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Kemampuan seseorang untuk mengawal naluri dan gerak hatinya memungkinkan seseorang itu dikatakan mempunyai kuasa dalaman yang dipanggil "sixth sense" ataupun deria keenam. Anugerah Allah ini berbeza untuk setiap orang.Samada kita sedar mahupun tidak,kita berpengalaman merasai ketajaman naluri atau tidak, hakikatnya ia tetap berlaku.

Berdasarkan sedikit survey yang Pena buat juga sedikit pembacaan dan pengalaman, ketajaman naluri atau gerak hati kita bergantung pada sejauh mana sucinya hati kita dan juga mempunyai kaitan hubungan kita dengan Allah.Renung sejenak, apabila hati dikotori dengan benda-benda yang tidak sepatutnya,dan hubungan kita dengan Dia juga semakin renggang,maka apa yang naluri ataupun gerak hati kita katakan tidaklah sepersis realiti kejadian sebenar dan vise versa.

Konklusinya di sini,pesanan untuk diri Pena juga sahabat-sahabat seakidah,betapa pentingnya untuk kita memelihara kesucian hati dari segala noda sedikit demi sedikit. InsyaAllah, pembacaan gerak hati kita akan menjadi lebih persis dan segala yang diputuskan oleh gerak hati,boleh diguna pakai sebagai sumber yang tepat dalam membuat keputusan di samping bantuan dari akal yang dianugerahkan.Wallaua'lam..sekadar perkongsian.

2 comments:

sang ratu said...

salam
susunan dan olahan ayat yang mantap
moga Pena dapat terus bertinta.

entri mengenai naluri dan firasat ini menarik bagi saya.mengkaitkan naluri dan sejernihnya sekeping hati,membuatkan saya lebih bermuhasabah.
syukran jazilan
teruskan usaha..
'man jadda wa jada'

cikEff said...

tahniah!
suka baca n3 ni~