Assalamualaikum..lama sudah Pena tak mencoret di PenaUnggul ni.Sangat sibuk dengan program dalam semester pendek dan berehat seketika. Menenangkan minda dan jiwa. Alhamdulillah,semuanya kembali normal. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat serba ringkas yang mana kita boleh jadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian kita.InsyaAllah..
Kisah ini Pena petik dari bahan bacaan kisah para sahabat Baginda Rasulullah SAW.Mungkin sebahagian dari kita sudah mengetahui kisah ini tapi rasanya tak menjadi kesalahan untuk kita refresh kembali kisah sahabat Baginda ini.insyaAllah..
Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar ra merupakan manusia yang paling tinggi martabatnya di kalangan sahabat.Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan tentang kedudukannya yang mulia di syurga Allah kelak.
Baginda bersabda:
"Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya"
Namun,walaupun telah dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah SAW,perasaan takutnya kepada Allah masih kuat tersemat di hatinya.Beliau sering berkata:
"Alangkah baiknya aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"
"Alangkah baiknya aku menjadi sehelai rumput yang riwayatnya akan tamat apabila dimakan oleh binatang ternakan"
Pada satu hari,beliau telah pergi ke suatu tempat di mana seekor burung sedang berbunyi,katanya:
"Wahai burung,sangat bertuah kamu.Engkau makan,minum dan beterbangan di bawah naungan pokok-pokok tanpa sebarang perasaan takut tentang Hari Perkiraan.Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung"
Pernah dicerikan oleh Rabi'ah Aslami,pada suatu hari,beliau telah bertengkar dengan Abu Bakar,dan Abu Bakar telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat kepadanya.Abu Bakar lalu menyedari kesilapannya dan meminta agar Rabi'ah membalas kembali dengan menggunakan kembali perkataan tersebut kepada beliau.Akan tetapi,Rabi'ah enggan berbuat demikian.Lalu,Abu Bakar ingin merujuk kepada Rasulullah.Beliau meninggalkan Rabi'ah yang masih enggan membalas kembali perbuatan Abu Bakar.
Beberapa orang ahli puak Rabi'ah sangat hairan dan mencemuh Abu Bakar "Aku hairan dengan orang ini.Dia yang melakukan kesalahan,dia pula yang mengancam untuk mengadu kepada Rasulullah.."Lau,Rabi'ah dengan segera menyampuk."Kamu tahu siapakah dia?Dialah Abu Bakar.Menyinggungnya beerti menyinggung Nabi.Menyinggung Nabi beerti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah,siapakah gerangan yang akan menyelamatkan aku?"
Lantas,Rabi'ah segera berlalu dan menemui Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang telah berlalu antara mereka.Rasulullah berkata:"Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya.Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya,sekurang-kurangnya berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu wahai Abu Bakar."
Begitulah sahabat-sahabat ketaqwaan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.Beliau tidak mahu menerima pembalasan Allah di akhirat kelak menyebabkan beliau memaksa Rabi'ah Aslami
membalas penggunaan kata-kata kesat terhadap beliau.Betapa takutnya beliau akan azab Allah di sana.Mari kita renung kembali,adakah kita seperti beliau?Adakah kita pasti tiap apa yang kita tuturkan benar-benar menjaga hati sahabat kita mahupun orang sekeliling?Andaikata sahabat kita terguris dengan kata-kata tajam kita,sanggupkah kita menerima kembali dibalas dengan kata-kata 'tajam' tersebut? Agak mustahil untuk kita terima dengan terbuka.Mungkin sebaliknya akan berlaku kejadian yang lebih serius dari itu lagi.
Sama-samalah kita bermuhasabah kembali diri kita ini,apa yang kita tuturkan,perbuatan dan pergaulan sehari-harian kita dengan sahabat-sahabat.Jagalah hati sahabat kita.Elakkan kata-kata kesat dan kiasan yang terlampau yang bakal mangguris perasaan sahabat-sahabat.Tanpa mereka,siapalah kita.Sahabat adalah antara aset yang paling berharga buat kita.Hargailah mereka seadanya walaupun memadai hanya dengan ucapan "Terima kasih sahabat".Sentiasa melebihkan sahabat-sahabat dalam kebanyakan hal.Inilah yang dituntut untuk menyemai ukhwah fillah selamanya.InsyaAllah..
Dalam kesempatan ini,ingin Pena memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali andaikata semusim ukhwah kita bersama,Pena telah banyak melakarkan warna gelap dalam persahabatan kita.Asif jiddan.Pena bertuah mendapat sahabat seperti kalian..wassalam..
No comments:
Post a Comment