Sewaktu mengikuti Bengkel Strategi Memperkasa Integriti Mahasiswa sempena Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa yang diadakan baru-baru ini, pelbagai resolusi dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin mahasiswa IPT seluruh negara.Antaranya ialah:
1.Memberi garis panduan kepada mahasiswa dalam bergiat sama ada di dalam ataupun luar kampus. Apa yang dimaksudkan oleh pencadang resolusi ialah mahasiswa perlu dijelaskan sejauh mana mereka mampu untuk bebas bersuara selari dengan peraturan yang ditetapkan universiti.
2.Tidak menghalang kemasukan ahli-ahli politik sama ada dari parti pembangkang mahupun kerajaan untuk menyampaikan idea mereka dalam program-program akademik kampus seperti forum, konvensyen dan sebagainya.
3.Pewujudan subjek Integriti di peringkat sekolah juga universiti di samping penilaian khas perlu dibuat daripada golongan profesional terhadap pengaplikasian nilai integriti di universiti.Antara cadangan lain ialah memlalui mengadakan program dan melaksanakan KPI untuk mengukur pencapaian integriti individu.
4.Pemimpin mahasiswa perlu menjadi role model kepada mahasiswa umum.
5.Silibus di peringkat universiti terutama pendidikan Islam dan moral perlu ditambah dan jam kreditnya perlu dipertimbangkan semula.
6.Penilaian terhadap seseorang pelajar tidak berdasarkan exam-oriented semata-mata. Praktikalnya amat penting.
7.Pewujudan satu badan khas untuk menilai indeks integriti di universiti.
8.Pengkajian semula rancangan-rancangan di televisyen (siaran tidak berbayar) dengan melebihkan rancangan bersifat inteltual berbanding hanya mempromosikan budaya hedonisme secara terlampau.
Justifikasi: Walaupun pengajaran subjek agama dan moral dilaksanakan dengan meluas, tetapi jika pendedahan hiburan yang terlalu banyak oleh media, pengajaran agama/moral tidak memebri impak kepada mahasiswa.
Kesemua resolusi ini diserahkan oleh perwakilan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin untuk pertimbangan pihak kerajaan. InsyaAllah. Sekian..
No comments:
Post a Comment