Monday, January 26, 2009

Tahniah dan Takziah!

Wah,tiba2 je rase nak menulis lagi hari ini.Maklumlah,cuti2 ni,tak ada plan khusus..lagipun berehat sebentar setelah penat sangat dalam masa 2 minggu.banyak urusan yang perlu Pena settlekan luar dan dalam..
Baru 4 hari selepas selesainya Pilihan Raya Kampus (PRK2009) di UIAM.Di universiti lain sekitar kawasan terpilih juga baru selesai PRK lebih awal sedikit berbanding kampus Pena.Sepatutnya PRK diadakan pada 19 Januari,tetapi nak dijadikan cerita, disebabkan ada insiden tumpahan minyak ke dalam sungai yang menjadi sumber utama air di kawasan Gombak,kami juga turut terjejas.Jadi PRK ditangguhkan ke tarikh baru iaitu 22 Januari 2009 untuk memudahkan segala urusan oleh mana-mana pihak.Antara sedar mahupun tidak,tanggal 22 Januari 2009 yang lepas adalah hari bagi mahasiswa di UIAM melaksanakan tanggungjawab mereka memilih calon-calon yang dirasakan layak untuk mewakili mereka dalam melontarkan suara-suara mahasiswa dalam pelbagai isu.
Dengan menggunakan sistem e-voting seperti tahun-tahun yang lepas,alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Calon-calon yang bertanding mewakili setiap kuliyyah yang ada di UIAM.Mereka tidak mewakili nama persatuan tertentu sebagaimana di sesetengah universiti lain (mengikut sumber pembacaan yang boleh dipercayai).
Walaupun terdapat 'perang saraf' yang berlaku ketika kempen dijalankan,dengan tersebarnya risalah-risalah panas yang mengetengahkan pelbagai isu-isu baru yang Pena sendiri baru tahu.Di mana kesahihannya??Wallahua'lam..Tapi,bersyukur ke hadrat Ilahi semuanya berjalan dengan lancar.Satu pengalaman pertama yang menarik ketika menghadapi PRK (maklumlah,baru tahun pertama)hehe..
TAHNIAH! Sekalung ucapan untuk calon-calon yang terpilih untuk menjadi wakil kepada mahasiswa di UIAM.Juga tidak lupa diselitkan ucapan TAKZIAH kepada mereka sebagai peringatan kerana bertambah lagi 1 tanggungjawab untuk mereka galasi.Jangan sesekali menganggap posisi yang mereka pegang hanyalah untuk suka-suka,mencari publisiti dan sebagainya.Tapi ingatlah kepada calon-calon yang berjaya,semoga mereka berjaya dan berusaha dalam menunaikan segala manifesto yang mereka perjuangkan ketika sibuk berkempen.Bukan sekadar kata-kata yang tercoret di atas kertas.InsyaAllah..
Wallahua'lam..

No comments: