BismiLlahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh
ukhuwwah.
Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah
dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana
peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama
Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.
Sahabatku...
Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan
membening seluruh perjalannan hidupmu.
Duhai sahabat muslimahku...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan
nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa
sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa
kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan
kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang
menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.
Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah
mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana
sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan
yang luar biasa.
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata
yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara
lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan
perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan
lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan
akalmu sebelum bersuara dan pandanglah t eman
bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang
menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu
Sahabat muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan
durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka
mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah
tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar
sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah
setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.
Ukhti yang dikasihi..
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan
bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta
keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini
berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan
pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.
Sedarlah,
hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri;
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa
hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana
ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
tanpa janji Tuhan.
Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian
dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang
berlebihan.
Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh
mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala
kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau
berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan
zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau
bakal bertemu kedamaian.
Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu
dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu
jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau
hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon
keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan
keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan
Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di
segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti
kehidupan.
Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau
terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali
pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk
agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan
tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya
Allah..
Alkhirul kalam,ingatlah, walau setinggi manapun
kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali
menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan
dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah
lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah
yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan
tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.
Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan, ujian yang tidak melemahkan, dugaan yang tidak menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk menjadi lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembes menerjah ke pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian" Pencipta sebagai tanda ingatanNya.
Wednesday, April 8, 2009
duhai sahabatku...para muslimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment