Saturday, April 30, 2011

Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 1

Pasangan diraja Catherine Middleton dan Prince William (kini bergelar Duke and Duchess of Cambridge)

29 April tanggal bersejarah.Heboh di kaca TV tentang berlangsungnya Royal Wedding antara Putera William dan Catherine Middleton. Siap ada saluran khas lagi di Astro Channel 707 untuk Royal Wedding Week dan di media tempatan, ntv7 mengambil tempat dalam menyiarkan secara langsung Royal wedding abad ini.
Band of the Coldstream Guards yang akan menghiburkan penonton sepanjang procession route.

Kebetulan hujan lebat seharian, dari semalam dan renyai-renyai di siang harinya, semua plan tertangguh. Aku ambil kesempatan ini, nak saksikan sendiri Royal Wedding yang dikatakan menjadi sejarah abad ini. Jadi, aku teruskan menonton dari jam 5 petang sehinggalah masuk waktu Maghrib. Sebenarnya dari pukul 3 petang lagi dah tunggu, tapi acara sebenar bermula jam 5 petang. Memang menakjubkan! Ibarat fairytale pun ada. DYMM Yang Dipertuan Agung dan juga Permaisuri Agung juga turut berkenan hadir memenuhi jemputan ke Royal Wedding tersebut.

The 1902 State Landau carriage ini digunakan untuk membawa pulang pasangan diraja ke Istana Buckingham selepas upacara selesai di Westminster.


Upacara memang gilang gemilang bermula dengan ketibaan Prince William dan Prince Harry di Westminster Abbey (sebuah gereja), disusli dengan ketibaan abang dan ibu kepada Kate Middleton, kemudian ketibaan Duke and Duchess of Cornwall (Prince Charles dan Camilla Parker), Queen Elizabeth II dan akhir sekali, semestinya Kate Middleton dan ayah beliau. Sepanjang keberangkatan kerabat diraja ini, di sekeliling kawasan dipenuhi dengan ribuan bahkan jika dikumpul semua boleh mencecah jutaan (mungkinlah) rakyat Britain dan juga pelancong asing yang obses dengan Royal Wedding ini. Upacara berjalan lancar di gereja tersebut, hasil raptai yang diadakan sebelum itu. Selesai upacara di gereja tersebut, pasangan diraja itu diarak menaiki kereta kuda melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan sambil melambai-lambai rakyat jelata. Queen Elizabeth II berkenan menganugerahkan gelaran Duke and Duchess of Cambridge kepada pasangan diraja tersebut.

Bukanlah Royal wedding ini yang mahu aku highlight menjadi isu utama dalam entry kali ini. Namun, terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda, pandangan peribadi dan juga sedikit analisis/penemuan yang merupakan jawapan kepada persoalan-persoalan yang akan aku timbulkan di part 2 posting ini memandangkan tanganku tidak lagi mampu menaip lama. Disebabkan frozen shoulder seperti dalam posting sebelum ini. Maaf ya. Nantikan entry seterusnya yang bertajuk Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 2.

Selamat membaca. =)







Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 2


  • Pertama sekali benda yang aku terfikir ialah mengapa Royal Wedding ni begitu gah dan ditunggu-tunggu?
  • Kedua, adakah hidden agenda dalam penyiaran Royal Wedding tersebut? Apakah kesannya kepada masyarakat kita?
  • Ketiga, apakah hukum orang Islam masuk gereja?

Persoalan-persoalan tadi, kini mula aku cari jawapannya satu persatu. Lalu aku Google untuk mencari beberapa sumber yang boleh diguna pakai. Ada di antaranya adalah fakta, ada juga yang merupakan pandangan peribadi penulis blog dan sebagainya.

Persoalan pertama: Mengapa Royal Wedding ini ditunggu-tunggu?

Pandangan peribadi:

1.Mungkin ia ditunggu-tunggu setelah 30 tahun lepas diadakan Royal Wedding yang gemilang di antara Prince Charles dan Princess Diana iaitu pada 19 Julai 1981Walaupun perkahwinan kedua Prince Charles bersama Camilla Parker diadakan pada tahun 2005, namun ia tidaklah semeriah sewaktu Prince Charles mengahwini Puteri Diana 30 tahun lepas..

2.Mungkin juga, ini adalah perkahwinan putera kepada Princess Diana yang mempunyai pengaruh peribadinya yang tersendiri ketika menjadi isteri kepada Prince Charles. Beliau dikatakan sangat aktif dalam gerak kerja kebajikan membantu masyarakat dan pernah digelar wanita paling cantik di dunia. Beliau boleh dikatakan sebagai mesra rakyat walaupun seorang Princess. Namun, rakyat Britain kehilangan beliau pada tahun 1997 apabila beliau terlibat dengan kemalangan bersama kekasihnya Dodi Al-Fayed selepas bercerai dengan Prince Charles secara rasmi pada 1996.

3.Terbaca tentang terdapat kemungkinan bahawa Prince William akan melangkaui ayahandanya dalam pewarisan takhta. Ini bermakna beliau akan menjadi King selepas Queen Elizabeth II. Tetapi, dalam news baru-baru ni, dinafikan perkara tersebut.

4.Perkahwinan Duke dan Duchess of Cambridge ini dikatakan menjadi satu simbolik ataupun indication kepada kestabilan institusi beraja Britain selepas kegagalan rumah tangga di antara Prince Charles dan Diana.

Persoalan kedua ini timbul,adakah terdapat hidden agenda yang cuba disampaikan ketika tayangan secara langsung ini yang penontonnya mengikut laporan yang diberikan TLC sebanyak 2.5 billion. Wah,sangat ramai. Persoalan ini timbul ketika ayah bertanyakan pendapat aku ketika kami sama-sama menonton Royal Wedding ini samada wujud ataupun tidak agenda tersembunyi di sebalik semua ini.

Pandangan peribadi:

Tayangan secara live ini bermula dari upacara persiapan perkahwinan dan majlis itu sendiri. Apabila upacara pernikahan mereka yang disiarkan live dari gereja Westminster Abbey, seluruh dunia menyaksikannya. Secara langsung lagi makanya tersebarlah pengaruh keagamaan kepada penonton. Ya, kita harus mengetahui bagaimana adat dan upacara keagamaan agama lain untuk proses memahami. Cuma apa yang merisaukan jika ibu bapa tidak memainkan peranan memberikan penerangan yang jelas bahawa itu adalah adat orang Kristian. Cara kita sebagai Muslim dalam upacara pernikahan berbeza sama sekali dan perlu disertakan dengan rasional yang berhikmah tanpa memburukkan pihak lain. Barulah penonton terutamanya anak kecil dapat membuat perbezaan sendiri.

Kesan kepada masyarakat amnya?

Hatta orang dewasa yang fahampun akan mudah terpengaruh.Inikan pula anak kecil. Kita lihat, majlis perkahwinan kini, diadakan dengan gilang gemilang, dengan flower girls nya, gaun yang panjangnya hampit 3 meters, sama seperti tayangan semalam. Ia dicedok bulat-bulat dari Barat. Walaupun ia hari bersejarah, namun unsur kesederhanaan itu langsung tidak ada. Akhirnya, berhutang sana sini. Jangan kita lupa, krisis kewangan juga boleh menjejaskan institusi rumah tangga. Jadi,berpadalah dengan apa yang ada.

Persoalan ketiga: Apakah hukum seorang Muslim memasuki gereja? Lalu aku mendapatkan jawapan dari link ini, untuk kita hayati dan fahami bersama:

http://berita-harian-online.com/hukum-masuk-gereja/

Hukum Masuk Ke Gereja
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana’ jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

“Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka.”

Wallahua'lam..itu saja untuk entry Royal Wedding: Persoalan, Pandangan dan Jawapan - Part 2. Nantikan Part 3 yang akan membincangkan tentang impak positif dan negatif kepada ekonomi dan kesan pengaruh ikon dunia kepada dunia Islam.





Saturday, April 23, 2011

Turning Point


Perubahan diri adalah perkara yang agak sukar kita lakukan. Ia mesti didorong oleh kemahuan tuan empunya diri untuk dimotivasikan ke arah perubahan tersebut. Perubahan yang penulis cuba maksudkan adalah perubahan ke arah perkara yang positif.

Dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11, Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan apa yang ada pada diri mereka sendiri"

Jelas dinyatakan dalam ayat tersebut, bahawasanya, diri kita adalah faktor paling utama kepada perubahan. Ia dianalogikan sebagai satu pembolehubah (variable) di dalam satu formula yang mana ia menjadi penentu kepada hasil di akhir sesuatu uji kaji.

Teringat akan diskusi santai bersama seorang sahabat, yang mana beliau kini ketara sekali perubahan dalam dirinya. Bila mana kami berkongsi, oh barulah penulis tahu rupanya ada satu insiden yang menyebabkan perubahan ketara pada diri beliau. Berlakunya sesuatu insiden itu menjadi salah satu faktor pendesak yang membawa kepada perubahan seseorang

Sesetengah dari kita,sedar akan keperluan mengubah diri menjadi yang lebih baik dari keadaan sedia ada. Akan tetapi, kesedaran sahaja tidak cukup jika tiada usaha ke arah perubahan tersebut. Dalam kes pertama tadi, insiden yang berlaku menjadi faktor pendesak, maka ia akan mempercepatkan proses perubahan diri. Tetapi, dalam kes yang kedua yang mana hanya kesedaran tanpa usaha, ia hampir memustahilkan perubahan.

Jadi bagaimana jika kita masih dihantui dengan monolog-monolog sebegini "belum masanya lagi", "aku masih ada peluang nanti"? Hentikan ia, jika bukan sekarang nak berubah, bila lagi? Kalau bukan diri sendiri dahulu yang berubah, siapa pula?

Ya, diakui, prosesnya bukan mudah. Perlukan iltizam ataupun komitmen yang bersungguh. Permulaan perlulah dengan diri sendiri kemudian disusuli dengan orang sekeliling. Seperti satu kata-kata dari Jacob M.Braude yang berbunyi:

" Renungkanlah betapa sulitnya mengubah diri Anda dan Anda akan mengerti betapa kecilnya peluang yang Anda miliki untuk mencuba mengubah orang lain. "

Walaupun kita meyakini bahawa perubahan merupakan perkara terpenting dalam diri seseorang ke arah mencapai kejayaan, namun kita sering gagal menerima perubahan. Hal ini adalah kerana kerakusan emosi akan menutupi segala perspektif yang rasional dan kepercayaan kita sering dibayangi keraguan. Jika anda sendiri percaya anda mampu berubah, nescaya ia akan benar-benar berlaku. Seperti kata-kata yang diguna pakai dalam banyak buku motivasi, antaranya Berfikir Gaya Trump, "kita adalah apa yang kita fikirkan". Jadi, ubah sekarang (macam slogan Pakatan Rakyat dalam PRN Sarawak 2011 pula...=))

Wallahua'lam..

Sunday, April 10, 2011

Frozen Shoulder


SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.

Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.

Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.

Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.

Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:
Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

Monday, April 4, 2011

Cuti-cuti 1Malaysia

Pertengahan semester dihabiskan bersama-kawan. Percutian singkat yang dirancang sangat last minutes membawa seribu erti. Seperti biasa kereta Viva WUA putih menjadi pilihan untuk ke destinasi jarak jauh. Bertolak dari UIAM jam 11 pagi terus ke pantai Port Dickson. First time survive cari sendiri pantai PD. Tak lah susah sangat pun. Cheh.. Pada hal sesat juga.


Wan Mohd Shahir & Syazwan Suhaimi


Bergambar sebelum first trial naik Banana bot. Mungkin pengalaman pertama dan terakhir.



Kuyup setelah dijatuhkan di tengah pulau. Satu modul yang melatih kita semangat setia kawan dan tidak pentingkan diri sendiri (walaupun masing-masing terkapai-kapai nak naik atas bot)


Usai mandi, perut terasa lapar pula. Settle je mandi kat Petronas berdekatan, kebetulan pasar siang dah start berjual. Apa lagi, masing-masing capai makanan yg berbeza untuk dikongsi ramai-ramai. Antara makanan pilihan:


Bubur nasi (ayam) UTARA mari

Cucur udang yang sangat murah lagi sedap.


Perjalanan kami teruskan ke Melaka. Sampai di sana hampir petang juga. Sempat jalan-jalan di Mahkota Parade. ternyata, jauh berbeza ketika melawat Melaka sepuluh tahun lepas. Sampai dataran yang kosong dulunya, dah di penuhi mall dan memang sampai tak dapat nak cam Bandar Melaka yang dulu dah. Sisa-sisa pun macam tak ada je. Except Mahkota Parade & A'Famosa.



Petang sebelum solat Maghrib,sempat menikmati pemandangan sunset di Masjid Selat Melaka. Indahnya...



Malam sebelum bertolak ke Negeri Sembilan rumah Pak Ngah Hadi, memang diwajibkan nak try Asam Pedas Melaka yang orang kata best sangat tu...Try sikit..




Memang berbaloi-baloi Asam Pedas Melaka. kalau nak banding harga dengan rasa, berpatutan. RM4 semangkuk. Ikan siakap 3 rasa dalam RM17 dicampur nasi kalau tak silap. Kami dapat special discount sebab Tauke kedai tu, tahu kami students.haha. Apa lagi, ambil kesempatan lah..

Malam tu,sampai ke Negeri sembilan rumah Pak Ngah Hadi. Nyenyaknya dapat tidur dengan suasana kampung dan layanan tip-top daripada Mak Ngah dan Pak Ngah Hadi.. best...Nanti boleh datang lagi..

Perjalanan diteruskan ke Taman Rekreasi Ulu Bendul tak jauh dari rumah Pak Ngah Hadi. Yela, dah try air masin, nak juga neutralkan dengan air tawar pula. Tak sangka, ingatkan sekadar air terjun, rupanya siap ada jambatan separa gantung dan mini taman ular, Apa lagi, kami terjah...


Ular sawa ketiduran. Rasanya ular ni, di ambil dalam hutan sekitar Taman Rekreasi ni je. Makanya,kami decide not to proceed ke dalam lagi. Bahaya..


Menjadi juga kamera Syoh..letak di atas batu..Cantik..


Menuruni curam dalam kawasan mini taman ular..



Jambatan separa gantung mencatat rekod terpendek di dunia...Hadi pun cuak..Haha


Bergambar sebelum pulang...


Percutian yang paling singkat tapi sangat menarik. My best friends, thanks a lot.. I think we should go to Taman Negara lepas ni. Spending time dalam hutan plak sebab pantai telah kita terokai..haha.. Thanks for everything... Nice to have friends seperti anda semua bermula dari Matric hingga sekarang..Terima kasih kerana anda begitu memahami dan yang paling penting anda tidak memakai topeng yang cepat berubah mengikut peredaran masa dan keadaan ..Sekian..Semoga tautan ukhwah ini, kekal hingga ke 'sana'..Ameen..