Part Time Job 1: Cashier@NSK
Sem 3 2010/2011, hanya ambil English For Occupational Purpose (LE 4600) di bawah tunjuk ajar MadamNor Hasni Yaakob. Memang, biasanya kelas English samada EAP ataupun EOP memang paling santai dan sempoi. Kelas hanya waktu pagi,Isnin hingga Jumaat, 3 jam sehari. Jadi, memang sangat free waktu petang.
Apa lagi,plan sudah diatur. Job hunting di Internet. Tapi satu pun tak apply. Berbincang dengan my bestfriend Akmal Mohd Nor dan Salimi, lepas habis kelas terus ke Burger King, Macd, CC Orange..Semuanya dengan jawapan yang sama "nanti kami hubungi" takpun "maaf, xde kosonglah dik". Tapi bagus gak jawapan standard tu sebab memang sangat kurang berminat nak kerja fast food buat masa terdekat. Lepas ke CC Orange, borang pasar borong NSK yang Akmal bagi, aku isi. Kami pun hantar dengan harapan dapat lah yang satu ni.
2 hari lepas tu, dapat call utk datang interview. Pukul 230 petang sampai di NSK. Rupanya bukanlah interviewpun, kami dah memang dapat post cashier yang di apply. Dia sekadar bagi briefing tentang attire, gaji, working hours dan lain-lain lagi berkaitan. Disebabkan aku ada program jemputan di UMP pada 23 Mei,makanya kami mula bekerja 24 Mei. Pagi 24 Mei sampai dari Pahang, rehat kejap dan malam tu terus mula kerja. Pergh..memang rasa agak tak betol dengan kepenatan melampau.
Shift bermula jam 8 malam. sampai awal first day. 1st impression tu kan penting.Akmal dan Sal ditugaskan jadi cashier bahagian wholesale dan aku di bahagian retail. Maka, terpisahlah kami. Masuk je bahagian retail, aku diperkenalkan dengan sorang-sorang cashier senior di situ. Kebanyakkannya akak-akak dan for sure aku adalah the only male cashier there. Oh...No.. Then, aku dibawa ke kaunter 14, diperkenalkan dengan Kak Aida atau nama penuhnya Siti Norhaida.
Task pertama, bungkus barang. Mudah dan cepat sebab hanya bungkus. Masukkan barang dan ikat letak tepi. Kemudian di ajar pula guna vending machine. Antara function yg di ajar:
F8: utk total up cash payment
F9: total up credit card payment
Ctrl K: utk buka laci duit
Ctrl C: utk ahli NSK yang ada member card
Enter: utk return balance duit selepas payment dibuat
dan macam-macam lagi.
Memang menarik dan yang paling menarik pasar borong NSK memang sentiasa penuh walaupun pagi-pagi buta. Customer memang tak putus-putus dan barang yang dibeli bukan sikit-sikit. Yela, namapun pasar borong kan. Bukan kedai runcit. Agak lambat hari pertama kerja. Ramai customer beratur panjang sampai ke belakang. Rupanya kata Kak Aida "wan, kaunter 14 ni memang kaunter maut. Ramai customer akan datang kaunter ni sebab kaunter ni tengah-tengah jadi tumpuan. Do, tak perlu cemas. Buat slow-slow asalkan counting betul supaya duit tak short".
Sepanjang di kaunter, macam-macamlah karenah customer, ada yang baling-baling duit macam tu je. Haish..sabar-sabar..Ada gak yang ceria dan faham aku budak baru. Soalan-soalan ni memang tak pernah lekang dari mulut customer "dik,budak baru ke? tak pernah nampakpun.", "dik, baru lepas spm nak tunggu masuk u ke?","dik, wat part time sambil belajar ke?bagus2".. Layan je lah customer kan.. sebab most of them memang pelanggan tetap. Jadi,memang dah biasa dengan cashier di situ.
Tapi, cukuplah pengalaman sehari.Kemudian kami berhenti. Tak tahan juga 12 jam berdiri, kemudian esoknya kami perlu ke kelas pula.Perlu consider semula, samada untuk teruskan ataupun tidak. Kelas memang prioriti, maka kamipun berhentilah dengan cara paling elok (rasanya lah).Tapi rasanya dengan pengalaman 12jam pertama, alhamdulillah, aku belajar banyak benda. Faham dan cuba sabar dengan karenah manusia yang pelbagai. Baru ku tahu, berada di tempat cashier memang bukan mudah.Jadi, value pertama untuk entry kali ini, hargailah orang lain jika kita mahu dihargai.
Part Time Job 2: Home Tutor
Tak lama lepas berhenti dari NSK, ditawarkan pula oleh Achik,Kak Hidayatul Karimah, menjadi home tutor di Wangsa Maju. Maka, bermulalah kisah aku sebagai tutor. Pertama kali mengajar untuk pelajar sekolah private yang tak gunakan silibus Malaysia. Agak kekok nak sesuaikan diri hinggakan tak dapat mengajar untuk hari pertama dan terus pening kepala.Maaf ku pohon kepada tuan rumah dan juga pelajarku Jihan kerana sesi yang sepatutnya dimulakan hari itu tak dapat diteruskan. Terus migrain (sejak bila ntah ada) datang menyerang..Huhu..
Alhamdulillah,untuk kelas seterusnya dapat diteruskan seperti yg diharapkan setelah aku bertungkus lumus mendapatkan buku yg menggunakan silibus Singapore untuk memudahkan proses pengajaran. Sekarang, bertambah seorang lagi pelajarku. Masih subjek yang sama iaitu Mathematics. Cuma yang bezanya,silibus Malaysia dan Singapore,dari segi campuran bab yg terkandung di dalam silibus. Ada bab yg mana lebih advanced dari silibus Malaysia dsb..
Baru ku tahu bahawa sebenarnya sangat susah menjadi seorang guru.Perlu persediaan rapi. Perlu ikhlas dalam mengajar barulah pelajar senang faham.Pengalaman yang hampir 3bulan ini, alhamdulillah ia mengajar aku supaya lebih menghargai segala jasa baik guru dan pensyarahku yang bertungkus-lumus mengajar selama ini. Kerjaya mendidik profession yang sangat mulia!
Part Time 3: Agen Biskut Raya
Dari satu bidang,aku terjun ke bidang yang lain.Bukan tidak fokus cuma rasa ingin mencuba. Berpegang pada prinsip "biarlah kita mencuba sebanyak mungkin bidang yang ada ketika usia masih muda, supaya mudah untuk kita identify apakah bidang yang sesuai (suit) dgn jiwa kita."
Andai kata kita gagal sesungguhnya ia lebih baik dari gagal ketika usia sudah lanjut,baru ingin mencuba itu dan ini.
Dengan tawaran dari Along, aku memberanikan untuk menceburi bidang bisnes pula. Walaupun hanya kecil-kecilan dan bermusim, tapi cukuplah sekadar untuk menimba pengalaman.Teringat kata-kata Achik "peluang itu sentiasa ada.terpulang kepada kita untuk mengambilnya ataupun tidak.apa-apapun bergantung kepada dirikita sendiri"..Cukup mendalam dan subjektif maksud kata-kata beliau.
OK. Untuk bisnes,strategi diatur dengan bantuan sahabatku Hadi.Merangkumi promosi dan kenalpasti potential market dan customer untuk disesuaikan dengan kapasiti yang sedia ada. Blog di create untuk memudahkan tempahan dibuat secara online bagi memenuhi pengguna tegar alam maya. Tidak lupa juga mencari potential agents untuk menjadi pengedar biskut raya bagi melebarluaskan lagi market sedia ada. Alhamdulillah,dengan kerjasama Ibu, Maksu dan Kakak, market di Penang berjaya di cater. Ditambah pula ada kenalan di Pahang, beliau juga menjadi agen pada pelajar-pelajar dan juga staf KIPSAS. Ada juga satu small company approach utk jadi agen, katanya coverage di tiga negeri.Wah..ini sudah bagus..tapi biasalah..kalau dah bukan rezeki,nak buat macam mana. Harap dapatlah bekerjasama tahun depan pula.InsyaAllah.
Seronok juga bisnes walaupun baru kali pertama. Harapan untuk tahun mendatang moga2 dapat diatur dan dirancang segala strategi dengan lebih awal. Mana tahu lepas ni, biskut raya tersebut dapat masuk Giant ke Tesco ke. Rasa sedikit rugi, mana tak nya, kualiti biskut tu tinggi,dapat maintain dengan production cost yang murah, rasanya boleh dilebarluaskan lagi dari segi marketing nya..
Cukuplah sekadar coretan untuk kali ini. Hargailah setiap nilai ataupun pengalaman yang kita perolehi dalam setiap sesuatu yang kita lakukan. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling berharga sebagai persediaan kita mengemudi bahtera kehidupan kerana bukan semua benda yang kita dapat melalui pembelajaran teori semata-mata. Teruskan meng'explore' bidang-bidang baru supaya kita dapat kenalpasti bidang yang sebenar-benarnya suit dengan jiwa kita. Bila kita lakukan sesuatu berdasarkan our passion pada bidang tersebut, insyaAllah output yang dihasilkan akan lebih superb insyaAllah.Hanya kita kenal diri kita. Di mana kelebihan di mana kekurangan. Jadi, manipulasikan segala kelebihan dan kekurangan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Lebih baik gagal sekarang, daripada kita menjadi orang yang gagal di masa akan datang. Renung-renungkan =)