Friday, September 17, 2010

Sorotan Aidilfitri 2010

1 Syawal

"Pelik sungguh Syawal kali ini. Seperti lain dari biasa.".Kata ibuku dalam nada kehairanan. Bila ditanya kenapa? Jawapannya kerna aku tidak mennyentuh segala jenis juadah yang disediakan hingga jam 12 malam. selalunya akulah orang yang akan menjamah dengan banyaknya juadah yang ibu sediakan. tetapi tidak untuk kali ini. kenapa? entahlah.sedikit pelik.hilang selera secara total. Beraya dengan Ibu dan Abah pun agak lambat. Selalunya anak sulung nilah yang paling awal, tetapi pelik juga kali ni. Boleh dikatakan Aidilfitri kali ni, sambutan sangat biasa. Bajet tahunan untuk pakaian, berlebihan. Tetapi hanya sehelai baju yang dibeli. Itupun setelah berjam-jam pusing mall. banyak yang tak berkenan di hati dan tak rasa berhajat nak membeli. Cukuplah sehelai kemeja untuk menjaga hati Ibu dan Abah,menghargai pemberian wang oleh Ibu dan Abah. tak sempat ke mana-mana disebabkan overexhausted. hanya tidur memandangkan semalaman tak dapat melelapkan mata. too many things for thought..

2 Syawal

Alhamdulillah, hari ini nak pulang ke kampun halaman di Perak. Menziarahi puasara Atuk dan Opah yang dah lama pergi. Sayunya rasa Aidilfitri tanpa Atuk dan Opah, orang yang selalu sambut kami adik beradik bila sampai di kampung. Maklumlah, kami antara keluarga yang paling jauh antara semua adik beradik Ibu yang lain.

Usai ziarah pusara Atuk dan dibuat tahlil juga doa, singgah di rumah Toksu.Adik arwah Atuk. Tiba-tiba rumahnya dikunjungi sebuah keluarga. Pelik dan tergamam. Ada seorang lelaki berbangsa Cina datang bersama keluarga Islam nya. Setelah bertaaruf antara satu sama lain, rupanya beliau adalah Atuk saudaraku. Sepupu kepada arwah Atukku yang juga berketurunan Cina. akhirnya, 2 Syawal dapat jugalah aku kenal salasilah keturunanku di sebelah Ibu. Ibuku berketurunan Cina+Jawa.

Kemudian kami ke rumah saudara-mara lain. dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Penuhla perut makan macam-macam. sehinggalah aku terima satu SMS kematian sahabatku Nik Hafreez Affiq seperti yang telah di post kan dalam entry sebelum ni. Terus hilang mood beraya..Semua saudara pelik perubahan mood secara tiba-tiba.

3 Syawal

Pelancaran Alumni Maahad Al-Mashoor Al-Islami, sekolah yang penuh kenangan. Dihadiri wakil 18 generasi. Aku generasi yang ke-10. Alhamdulillah, kehadiran sangat mengharukan sehingga ada yang tak dikenali senior-senior atasan. Berjumpa kembali setelah beberapa tahun terpisah. masing-masing dengan komitmen dan kerjaya sendiri.Ada yang dah bekeluarga. Tapi,aku bila? entahlah. belum masanya untuk difikirkan.=)

insyaAllah,tahun ini merupakan tahun terakhir Maahad berada di lokasi sekarang iaitu di Qaryah Sungai Batu. Dahulunya, sekolah yang pernah digelarkan sekolah terkecil di Zon Barat Daya Pinang ini akan berpindah ke suatu lokasi baru di Balik Pulau dan statusnya sebagai sekolah terkecil akan bertukar ke sekolah terbesar di daerah Barat Daya.InsyaAllah sekolah baru akan dilengkapi stadium,kolam renang dan sebagainya. seperti tak percaya, setelah belasan tahun, barulah dapat disiapkan..

Turut memeraikan majlis adalah Juara Imam Muda, Saudara Muhammad Ashraf yang juga senior ku. Oh tidak ku tahu. Apa lagi, seolah-olah artis datang. tak jemu-jemu beliau melayan junior dan sahabat yang nak bergambar.

selesai jamuan di sekolah, terus bergerak ke rumah sahabat-sahabat hinggalah ke malam hari Dikunjungi sahabat yang juga adikku. setelah hampir setahun lebih tak berjumpa.

4 Syawal

Menemani sahabt baikku,Muhammad Zharif bin Ahamad ke rumah adik angkat beliau di Bagan Serai Perak. Jauh juga perjalanan. tetapi bila lagi nak menghabiskan masa bersama beliau memandangkan beliau akan ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam perjalanan pulang, sempat pulak berkhelah di pantai selepas diajak oleh family Zharif. Segan untuk menolak. Kemudian teman orang Jordan pulak shopping barang-barang yang nak di bawa ke sana. rempah ratus terutamanya sementara nak menyesuaikan diri dengan makanan di sana.

Malam pula, ke "open house urgent" yang dibuat oleh seorang sahabat juga, Aqif. sampai je di rumah dah dekat pukul 7. kemudian dapat call pukul 7 lebih untuk ke open house Aqif. Terus rushing..

5 Syawal

Bertolak pulang ke UIA. Banyak tugasan yang perlu di settlekan ditambah dengan kelas ganti.. Terlalu sedih nak meninggalkan family terlalu awal sedangkan orang lain masih enak bercuti di rumah.Sedih kali ini lain macam dari biasa. tahun lepas, lagi awal bertolak balik ke UIA, tapi tak adalah sampai rasa pelik macam ni. Inikah yang dinamakan pengorbanan?entahlah,samada berkorban atau terkorban.Pujuk diri supaya ikhlaskan niat..tanggungjawab menuntut pengorbanan.

6 Syawal

Kelas dibatalkan..malam pula niat nak hantar sahabat ke Jordan juga tak kesampaian. (Seperti dalam entri sebelum ini)..

*Pelik dan suram sungguh Aidilfitri kali ini..banyak ujian yang Allah bagi. Perpisahan dengan dua sahabat. Seorang kembali menemui Tuhan dan seorang lagi berjihad menuntut ilmu.. Hajat yang tak kesampaian dan bermacam-macam lagi. bukanku mengeluh, cuma sekadar berkongsi dan luahan melalui penulisan yang ku rasakan medium monolog dalaman terbaik yang penuh kebebasan..




Thursday, September 16, 2010

HANYA KERANA LIMA MINIT..


5 minit yang terlalu berharga...
"kalaulah aku awal 5 minit, mesti aku sempat jumpa."

Tanggal 15 September, aku kehilangan lagi seorang sahabat. Muhammad Zharif bin Ahmad, sahabat seperjuangan semenjak dari bangku sekolah lagi. Hampir 9 tahun lamanya bersahabat semenjak di bangku sekolah menengah lagi.Tetapi, kehilangannya hanyalah sementara insyaAllah.Beliau semalam baru sahaja berlepas ke Jordan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Shariah di sana.Aku sedikit terkilan kerana tidak dapat menghantar beliau di lapangan terbangan HANYA KERANA 5 MINIT....Aku bersama 2 orang sahabat lagi,sedang dalam perjalanan ke KLIA. Sungguh hairan dan pelik, jalan sesak, dan bermacam-macam ujian lagi yang terjadi sebelum dan ketika memulakan perjalanan. Perjalanan ke KLIA mengambil masa 2 jam lebih.?Macam tak percaya.

5 minit lagi akan sampai ke KLIA, handphone ku berbunyi. panggilan dari Zharif aku terima, beliau memaklumkan beliau dah check-in, jadi tak dapatlah berjumpa kami. handphone ku berpindah tangan dari aku, ke 2 orang sahabat yang lain bagi menyampaikan amanat terakhir sebelum beliau berlepas ke Jordan. Dapat ku rasakan nada sebak mengiringi tiap bait kata yang diucapkan beliau... Mungkin juga terkilan, kerana sahabat-sahabat yang diharapkan menghantarnya, tidak kunjung tiba hingga ke saat akhir.

Kami bergegas juga ke KLIA dengan harapan masih ada peluang untuk berjumpa. tapi, sayangnya, keadaan sama seperti tadi. Sempat kami membuat panggilan dan SMS kata-kata terakhir..Sudah takdir ditetapkan macam tu..



Pesanan buat sahabatku,
Semoga lancar urusanmu di sana, alhamdulillah tercapai juga cita-citamu untuk melanjutkan pengajian ke Jordan. Aku turut berbangga dengan pencapaianmu. Semoga ilmu yang diperoleh dapat digunakan untuk manfaat Islam kelak InsyaAllah. Kuatkan semangatmu walaupun aku sendiri sangat merasakan kehilangan seorang sahabat yang selalu menjadi PENDENGAR PALING SETIA untuk setiap permasalahanku, menjadi penghibur di kalangan kami semua. Maafkan aku kerna tak dapat memenuhi hasrat terakhir untuk bertemu di KLIA sebelum bertolak. Entahkan sempat atau tidak untuk aku bertemu semula dengan sahabat-sehabat yang berada di luar negara andai aku pergi dulu.. Jika jawapannya tidak, ku mohon ampun dan maaf atas segala khilaf sepanjang persahabatan kita semua. Indahnya ukhuwah yang terbina persis mutiara. Terima kasih sahabat. Kuharapkan dipercepatkan tempoh 3 tahun mendatang agar ukhuwah di alam nyata bertaut semula.Doaku mengiringi perjuanganmu menuntut ilmu di sana sahabat..Ameen..HANYA KERANA 5 MINIT...

Sunday, September 12, 2010

AL-FATIHAH...

AL-FATIHAH
Hilang lagi satu permata Islam..
Sahabatku Nik Hafreez Affiq yang telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi. Aku yang berada di kampung di Kuala Kangsar, usai menziarah pusara Nenek sangat sukar utk mempercayai bila SMS yang diterima daripada Eikhwan Ali lebih kurang pukul 2.30 petang tadi. Aku menyangka, aku tersalah baca SMS tersbut. Mungkin saudara beliau yang meninggal. Ku teliti betul-betul SMS tadi, memang nama sahabatku yang tertera. Bukan saudara beliau seperti yang aku sangka. Serentak dengan itu, aku menerima panggilan daripada Along, perkhabaran berita itu. Seperti melayang sebentar.

Sahabat yang juga mentor ku beberapa bulan lepas ketika aku sedang sibuk mempersiapkan diri.. Banyak teknik yang dipelajari daripada beliau. tak sampai 2 minggu lepas, sempat bermesyuarat bersama. Memandangkan beliau salah seorang Program Manager untuk Chocolate & Pastry Fair 2010 yang dianjurkan bersempena dengan Convocation Fiesta...

Tapi apakan daya..Takdir Allah mengatasi segalanya. Seperti teka-teki Imam Al-Ghazali, perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati. Bila masanya kita tak tahu. Mungkin selepas coretan ini aku diambil Tuhan,mungkin pagi esok ataupun bila-bila masa, hanya Dia yang Maha Mengetahui.. Hidup perlu diteruskan di samping tidak melupakan persiapan menghadapi mati..(Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat)..

Sahabat,
Terima kasih untuk segala jasa baik dan tunjuk ajarmu kepadaku sewaktu persiapan beberapa bulan lepas. Takkan ku lupa walaupun belum sempat ku balas jasamu itu. Semoga Allah menempatkan dirimu bersama para solihin dan segala gerak kerja dan pengorbananmu untuk Islam, moga diberkati dan diberi ganjaran olehNya.Ameen..

Sedikit masa bersamamu, akan ku ingat selamanya...