Sunday, April 12, 2009

hadiah yang paling berharga..

Beberapa minit lagi akan ku akhiri usia 19 tahun ini..Tiada lagi istilah remaja belasan tahun untuk diri ini.Aku akan melangkah ke alam 20-an.Tidak lupa untuk insan tersayang yang juga menyambut hari bermakna dalam April ini yang akan ku senaraikan seperti berikut:-

(1)Adik tersayang - Arjina Suhaimi (3 April 1990)
(2)Sahabatku - Ahmar Zuber (4 April 1989)
(3)Sahabatku - Ramdzan (8 April 1989)
(4)Sahabatku - Azwan (9 April 1989)
(5)Diri yang lemah ini - (13 April 1989)
(6)Sepupuku - Amirul Hafiz (20 April 2005)
(7)Sepupuku - Wan Mohd Nizammuddin (25 April 1994)
(8)IBU YANG DIKASIHI - Juliah (27 April 1964)
(9)Mak Su yang amat rapat denganku - (29 April 1983)

dengan ucapan "Selamat Hari Lahir,Semoga Pertambahn Usia Selari Dengan Pertambahan Iman & Amal.InsyaAllah.Aku Menyayangi Kalian"..Terima kasih atas ucapan yang bertalu-talu ku terima sehingga penuh inbox handphone ku.Ucapan terawal dari IBU & ABAH YANG DIKASIHI,disusuli rakan-rakan yang lain.Cuma satu ucapan yang amat menyentuh kalbu dari sahabat yang amat aku kagumi dengan keperibadiannya dan keluhuran budinya yang hebat.Bukanlah semata kata-kata indah tetapi peringatan untuk diri ini terhadap kematian.Semakin bertambahnya usia,semakin dekat kita dengan kematian.Renungkanlah bersama-sama..Terima kasih sahabat,mengingatkan aku.Ku kira antara ucapan yang mengungkap seribu satu makna dan menuntut seinfiniti perubahan pada diri ini.InsyaAllah.. .

Saturday, April 11, 2009

April datang lagi..

Datang lagi April ini...Bulan penuh makna.Bulan muhasabah dan peringatan usia ini sedang meningkat juga tidak lupa tarikh penting untuk insan-insan tersayang..Di sebalik suka terselit juga cebisan duka..7 tahun dah berlalu.7 tahun telah kau tinggalkan daku.Antara sedar dan ilusi,terasa baru semalam peristiwa tu berlaku..Ya Allah, tabahkanlah hati ini untuk ku teruskan coretan ini..

Bila sendirian fikiranku buntu..Teringatkan dirimu..Dikau tiada lagi di sisiku,hatiku sayu bertambah pilu..Sahabat,kau inspirasiku..Kau mengajarku erti kehidupan ini.Takkan kulupakan nasihatmu kerana ia berguna padaku.Seringkali aku berdoa padaNya,agar tabah menyusuri hidup ini..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk ku tempuhi hidup yang mencabar ini..

Indahnya ikatan ukhuwah yang kita bina akhirnya tinggal kenangan.Namun ku redha,ini kehendak Ilahi.Kehadiranmu walaupun sementara cukup untuk memberikan cebisan detik-detik indah untuk ku terus hayati hingga tiba giliranku pula menyahut panggilan Rabbi..

5 April 2002 tanggal bersejarah..

Baru semalam(4 April) kami dikhabarkan berita tentang keadaan kesihatanmu yang kian pulih sewaktu bacaan Yaasin yang menjadi ritual mingguan sekolah.Semua sahabat turut berasa lega dengan perkhabaran tersebut.Tetapi pengumuman pagi 5 April merupakan sesuatu yang pelik.Tidak pernah selama menuntut di situ, ada pengumuman pada waktu pagi. Sesuatu yang tidak kena mungkin telah berlaku.Sedang asyik aku menseterika sampin untuk dipakai pada pagi Jumaat itu, Abg Arif selaku Ketua Pelajar,membuat satu pengumuman "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un,adalah dimaklumkan bahawa sahabat kita Mohd Hafidzullah telah kembali ke rahmatullah...".Serentak dengan pengumuman itu,berderai air mataku. "Ya Allah,betulkah semua ini?"aku bermonolog sendirian.Semua ahli dorm Darul Hana' terkesima seakan-akan tidak percaya apa yang kami dengari.Terhenti semua kerja.Ku biarkan sampin yang masih bersisa kedutnya lalu berlari ke kelas.

Terduduk aku di tempatku menenangkan diri supaya hakikat itu dapat kuterima.Merenung sejenak ke tempatmu yang terletak di sebelahku membuatkan aku bertambah sebak.Tak dapat mengawal kesedihan yang mebuak-buak ini. Seminggu yang lalu, keadaan kesihatanmu tiba-tiba tidak menentu. Pendarahan dari mulutmu yang tidak diketahui puncanya, membuatkan semua orang musykil terutama abang kandungmu,Fadzullah. Lalu,sesudah dimaklumkan kepada pihak sekolah,keluargamu mengambil keputusan untuk membawa dikau pulang ke kampung halaman di Perak bagi mendapatkan rawatan tradisional setelah laporan kesihatan dari pihak hospital tidak dapat mengenalpasti apakah penyakit yang dikau hadapi.

Tidak ku sangka,hari itu adalah hari terakhir kita bersua..Masihku ingat gurauan terakhirmu, ketika menumpang tidur di katilku..Seolah-olah petanda awal pemergianmu.Namun sayang,tidak ku sedari petanda itu.Lemahnya diri ini.Akan ku ingat kata-kata terakhirmu untukku sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.Pesanan yang bermakna itu ku terima melalui nenekmu sewaktu aku berkunjung memberi penghormatan terakhir.InsyaAllah Hafiz,akan ku ingat hingga ke akhir hembusan nafasku ini..Senyum dan tawamu akan sentiasa menjadi inngatan di hati ini. Walaupun ketiadaanmu di sisi,namun akan ku teruskan perjuangan dengan membawa semangat dirimu.

Terima kasih Hafiz kerana mengajarkan erti persahabatan..Dikau hadir di kala aku memerlukan seorang teman..dikau bawa secebis bahagia bila aku hampir berputus asa.Kau bawa sinar cahaya di hatiku yang terluka..Dikau hadir tepati waktunya membawa sinar ceria..Semusim ukhuwah kita bersama terlalu banyak duka yang kau telan.Maafkan aku teman andai sering melakar warna pudar dalam hidupmu..Moga pelangi ukhuwah yang pernah wujud menyamai cinta pada-Nya..Amiin..



Wednesday, April 8, 2009

duhai sahabatku...para muslimah


BismiLlahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh
ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah
dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana
peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama
Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.
Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan
membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan
nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa
sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa
kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan
kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang
menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah
mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana
sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan
yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata
yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara
lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan
perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan
lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan
akalmu sebelum bersuara dan pandanglah t eman
bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang
menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan
durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka
mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah
tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar
sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah
setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan
bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta
keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini
berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan
pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.
Sedarlah,
hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri;
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa
hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana
ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian
dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang
berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh
mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala
kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau
berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan
zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau
bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu
dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu
jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau
hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon
keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan
keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan
Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di
segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti
kehidupan.

Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau
terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali
pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk
agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan
tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya
Allah..

Alkhirul kalam,ingatlah, walau setinggi manapun
kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali
menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan
dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah
lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah
yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan
tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.