Seharian meluangkan masa di hospital menziarah Atuk saudara yang sedang sakit akibat diserang stroke beberapa hari yang lepas. Mohon doa kalian semoga atuk saudara penulis kembali pulih seperti biasa.InsyaAllah.
Usai solat zohor di Surau Hospital Besar Pulau Pinang, penulis bersama ayah ke wad C15 menziarah sahabat ayah yang baru bersara. Melihat satu lagi keajaiban Ilahi. Setelah hampir 2 bulan sahabat ayah terlantar tidak sedarkan diri akibat diserang beberapa penyakit serentak, suhanallah, dengan kehendakNya, beliau tadi kembali sedar dan pulih seperti biasa.
Beliau menghidapi penyakit buah pinggang, diabetis, dan beberapa lagi penyakit lain. Dikatakan doktor, peluang untuk hidup hanya 30:70. Buah pinggang beliau, kedua-duanya rosak. Jika ada harapanpun beliau untuk sembuh, hanya bergantung kepada mesin pencuci buah pinggang.
Tetapi, yang paling mengejutkan, buah pinggang yang dikatakan rosak kembali normal. Diabetis yang terlalu tinggi bacaannya, juga kembali di paras normal. Hebatnya kuasa Allah. Berkat doa sahabat-sahabat beliau dan juga ahli keluarganya, beliau kini menunggu masa untuk di discharge. kes satu dalam seribu macam ni jarang sangat berlaku. Rupanya, bila disiasat siapakah "beliau" sebenarnya? Lalu, ayah penulis mengkhabarkan semuanya.Hebat orangnya. Maka, tak hairanlah jika balasan Allah terhadap beliau juga ibarat satu miracle yang jarang berlaku.