Monday, June 7, 2010

Mahasiswa UIAM prihatin isu Gaza


Antara mahasiswa UIAM yang hadir ke Grand Munajat


Baru-baru ini bersamaan 3 Jun 2010, bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Gombak, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2009/2010 dengan kerjasama Masjid SHAH dan juga Maruf Club telah menganjurkan Grand Munajat For Palestine.Alhamdulillah, majlis mendapat sambutan yang baik dalam kalangan jemaah yang hadir ke masjid pada malam tersebut.

Presiden MPP UIAM 09/10, Sdr.Firwan sedang memberikan ucapan beliau
.

Sdr.Fitry Husin membuka majlis
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi iaitu Sdr.Fitry Husin, majlis seterusnya diikuti oleh ucapan daripada beberapa wakil persatuan pelajar pada malam tersebut. Dimulakan oleh pelajar yang berasal dari Palestin sendiri, penerangan panjang lebar diberikan tentang situasi sebenar di Palestin.Turut memberikan ucapan ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2009/2010, Muhammad Firwan Norliza. Beliau menyentuh berkenaan ketidakwujudan negara Palestin di dalam peta dunia sekarang akibat penubuhan negara haram Israel. Dalam tempoh sekejap sahaja, mereka mampu meleyapkan Palestin dari peta dunia dan me"legal"kan kewujudan negara Israel tanpa rasa
bersalah.

Penerangan diberikan oleh pelajar Palestin yang menuntut di UIAM

Beliau juga menyeru agar mahasiswa khususnya di UIAM selaku universiti Islam lebih peka terhadap isu ummah dan memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani permasalahan ummah secara kolektif. Pada masa yang sama, beliau menyarankan agar semua mahasiswa teruskan memboikot produk-produk keluaran Israel sebagai salah satu usaha melemahkan ekonomi mereka. Bantuan ke Gaza masih tidak diketahui statusnya. jadi, kempen boikot secara istiqamah diharap dapat memberi pengajaran kepada mereka kerana kita sedia maklum bahawa ekonomi merupakan salah satu sumber kekuatan sesebuah negara selain politik dan lain-lain.

Majlis disudahi dengan bacaan qunut Nazilah oleh saudara Nik Hafreez wakil dari Maruf Club kemudian semua hadirin bersurai dan bersedia untuk qiamullail keesokan paginya.Wallahua'lam..



Bacaan Qunut Nazilah oleh sdr.Nik Hafreez

No comments: