Saturday, May 23, 2009

Sambungan..antara naluri dan firasat?

Akal fikiran dan perasaan dianugerahkan Allah kepada tiap manusia.Inilah yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain ciptaan-Nya.Akal fikiran kita dihiasi dengan naluri dan gerak hati sebagai pelengkap kepada kejadian manusia itu sendiri. Kita juga kerap kali menggunakan naluri dan gerak hati dalam membuat keputusan terhadap segala masalah seharian yang kita hadapi.

Ketajaman naluri seseorang tidak dapat dinafikan kerana kebolehannya dalam meneroka alam psychic merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Kemampuan seseorang untuk mengawal naluri dan gerak hatinya memungkinkan seseorang itu dikatakan mempunyai kuasa dalaman yang dipanggil "sixth sense" ataupun deria keenam. Anugerah Allah ini berbeza untuk setiap orang.Samada kita sedar mahupun tidak,kita berpengalaman merasai ketajaman naluri atau tidak, hakikatnya ia tetap berlaku.

Berdasarkan sedikit survey yang Pena buat juga sedikit pembacaan dan pengalaman, ketajaman naluri atau gerak hati kita bergantung pada sejauh mana sucinya hati kita dan juga mempunyai kaitan hubungan kita dengan Allah.Renung sejenak, apabila hati dikotori dengan benda-benda yang tidak sepatutnya,dan hubungan kita dengan Dia juga semakin renggang,maka apa yang naluri ataupun gerak hati kita katakan tidaklah sepersis realiti kejadian sebenar dan vise versa.

Konklusinya di sini,pesanan untuk diri Pena juga sahabat-sahabat seakidah,betapa pentingnya untuk kita memelihara kesucian hati dari segala noda sedikit demi sedikit. InsyaAllah, pembacaan gerak hati kita akan menjadi lebih persis dan segala yang diputuskan oleh gerak hati,boleh diguna pakai sebagai sumber yang tepat dalam membuat keputusan di samping bantuan dari akal yang dianugerahkan.Wallaua'lam..sekadar perkongsian.

Saturday, May 16, 2009

Antara firasat dan naluri?Samakah?

Sejak belakangan ini,persoalan samada adakah terdapat persamaan antara firasat dan naluri kerap bermain di minda.Samakah antara firasat dan naluri?? Sebelum ini,Pena sangkakan firasat dan naluri adalah sama.Tetapi,berdasarkan survey dan sedikit analisis pengalaman yg pernah dibuat,hakikatnya ada perbezaan antara firasat dan naluri.Cuba kita amati dua analogi ini:-

1)Izzul sudah lama tidak berjumpa dengan sahabatnya.Pada suatu petang,dia berada di masjid selepas menunaikan solat Asar,tiba-tiba hatinya terdetik "Alangkah bagusnya kalau aku dapat berjumpa Adli petang ini".Dengan secara tidak langsung,kawan yang dinanti-nantikan,datang menyapanya dari belakang.Adakah kata-kata hatinya suatu kebetulan atau bagaimana??

2)Aqif sedang menunggu bapanya menjemput pulang dari sekolah.Tiba-tiba,ada seorang pelajar hendak melintas jalan raya,tanpa menoleh ke kiri dan kanan.Gerak hati Afiq mengatakan kemunkina pelajar tersebut akan dilanggar.Sedangkan pada waktu itu,tanpa disedari ada sebuah kereta bergerak sederhana laju lalu melanggar pelajar tersebut.Logiknya pelajar tersebut kemalangan disebabkan tidak berhati-hati ketika hendak melintasi jalan raya.


Dua situasi di atas sangat berbeza.Antara naluri dan firasat..Susah untuk dibezakan kerana kedua-duanya bergerak seiring dan hampir menyerupai antara satu sama lain. Lebih baik kita kembali kepada definisi naluri dan firasat untuk kefahaman yang lebih jelas.

Naluri ialah gerak hati yang hadir secara jujur dari hati seorang manusia itu sendiri.Manakala,firasat lebih cenderung kepada gerak hati yang dipengaruhi faktor-faktor luaran.Dalam situasi pertama,digambarkan Izzul sangat ingin berjumpa dengan sahabatnya.dengan kuasa Allah,maka berjumpalah mereka di masjid.Inilah yang dinamakan naluri.Tetapi,dalam situasi kedua,Aqif menjangkakan pelajar tersebut bakal kemalangan kerana secara logiknya,dengan kecuaian ketika melintasi jalan raya.Ini pula dinamakan firasat kerana didorong oleh faktor-faktor luaran.Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.

Sambungan seterusnya bakal menyusul.Tunggu..:)

Monday, May 11, 2009

PERLUNYA BERSAHABAT

Al-Qamah berpesan kepada puteranya dengan katanya, "Wahai anakku,sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau hendaklah memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1.Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungimu.

2.Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,dia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan,dia akan menerimanya dengan baik.

5.Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupinya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (malu meminta kebajikan)daripadanya,dia akan bertanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana atas dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.

10.Jika engkau bertanya kepadanya,nescaya dia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu,nescaya dia akan membantu.

12.Jika kamu berselisihan faham, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU..ENGKAU PERMATA HATIKU!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, May 8, 2009

Taqwa Abu Bakar

Assalamualaikum..lama sudah Pena tak mencoret di PenaUnggul ni.Sangat sibuk dengan program dalam semester pendek dan berehat seketika. Menenangkan minda dan jiwa. Alhamdulillah,semuanya kembali normal. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat serba ringkas yang mana kita boleh jadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian kita.InsyaAllah..

Kisah ini Pena petik dari bahan bacaan kisah para sahabat Baginda Rasulullah SAW.Mungkin sebahagian dari kita sudah mengetahui kisah ini tapi rasanya tak menjadi kesalahan untuk kita refresh kembali kisah sahabat Baginda ini.insyaAllah..

Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar ra merupakan manusia yang paling tinggi martabatnya di kalangan sahabat.Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan tentang kedudukannya yang mulia di syurga Allah kelak.

Baginda bersabda:
"Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya"

Namun,walaupun telah dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah SAW,perasaan takutnya kepada Allah masih kuat tersemat di hatinya.Beliau sering berkata:

"Alangkah baiknya aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"

"Alangkah baiknya aku menjadi sehelai rumput yang riwayatnya akan tamat apabila dimakan oleh binatang ternakan"

Pada satu hari,beliau telah pergi ke suatu tempat di mana seekor burung sedang berbunyi,katanya:

"Wahai burung,sangat bertuah kamu.Engkau makan,minum dan beterbangan di bawah naungan pokok-pokok tanpa sebarang perasaan takut tentang Hari Perkiraan.Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung"

Pernah dicerikan oleh Rabi'ah Aslami,pada suatu hari,beliau telah bertengkar dengan Abu Bakar,dan Abu Bakar telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat kepadanya.Abu Bakar lalu menyedari kesilapannya dan meminta agar Rabi'ah membalas kembali dengan menggunakan kembali perkataan tersebut kepada beliau.Akan tetapi,Rabi'ah enggan berbuat demikian.Lalu,Abu Bakar ingin merujuk kepada Rasulullah.Beliau meninggalkan Rabi'ah yang masih enggan membalas kembali perbuatan Abu Bakar.

Beberapa orang ahli puak Rabi'ah sangat hairan dan mencemuh Abu Bakar "Aku hairan dengan orang ini.Dia yang melakukan kesalahan,dia pula yang mengancam untuk mengadu kepada Rasulullah.."Lau,Rabi'ah dengan segera menyampuk."Kamu tahu siapakah dia?Dialah Abu Bakar.Menyinggungnya beerti menyinggung Nabi.Menyinggung Nabi beerti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah,siapakah gerangan yang akan menyelamatkan aku?"

Lantas,Rabi'ah segera berlalu dan menemui Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang telah berlalu antara mereka.Rasulullah berkata:"Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya.Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya,sekurang-kurangnya berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu wahai Abu Bakar."

Begitulah sahabat-sahabat ketaqwaan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.Beliau tidak mahu menerima pembalasan Allah di akhirat kelak menyebabkan beliau memaksa Rabi'ah Aslami
membalas penggunaan kata-kata kesat terhadap beliau.Betapa takutnya beliau akan azab Allah di sana.Mari kita renung kembali,adakah kita seperti beliau?Adakah kita pasti tiap apa yang kita tuturkan benar-benar menjaga hati sahabat kita mahupun orang sekeliling?Andaikata sahabat kita terguris dengan kata-kata tajam kita,sanggupkah kita menerima kembali dibalas dengan kata-kata 'tajam' tersebut? Agak mustahil untuk kita terima dengan terbuka.Mungkin sebaliknya akan berlaku kejadian yang lebih serius dari itu lagi.

Sama-samalah kita bermuhasabah kembali diri kita ini,apa yang kita tuturkan,perbuatan dan pergaulan sehari-harian kita dengan sahabat-sahabat.Jagalah hati sahabat kita.Elakkan kata-kata kesat dan kiasan yang terlampau yang bakal mangguris perasaan sahabat-sahabat.Tanpa mereka,siapalah kita.Sahabat adalah antara aset yang paling berharga buat kita.Hargailah mereka seadanya walaupun memadai hanya dengan ucapan "Terima kasih sahabat".Sentiasa melebihkan sahabat-sahabat dalam kebanyakan hal.Inilah yang dituntut untuk menyemai ukhwah fillah selamanya.InsyaAllah..

Dalam kesempatan ini,ingin Pena memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali andaikata semusim ukhwah kita bersama,Pena telah banyak melakarkan warna gelap dalam persahabatan kita.Asif jiddan.Pena bertuah mendapat sahabat seperti kalian..wassalam..

Thursday, May 7, 2009

If you want something,
you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..


but it is a shame if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that i'm not lying"

"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"