Tuesday, November 25, 2008

Debu-debu Dosa


renungkanlah..

ke arah mana halanya bagi insan yang terleka

mengejar nikmat dunia bagaikan hidup selamanya

tak peduli dosa noda seksa azab neraka

hidup jauh dari rahmatNya


terpedaya pada dunia pentas ciptaan manusia

terlupa pada segala mengikut nafsu semata

membiar syaitan beraja di hati dan juga jiwa

mengejar dunia penuh debu dosa


teguhkanlah iman dalam diri,

moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Ilahi

dan yakin kau akan dirahmati

harus kau percaya dengan pasti

dunia tidak kekal abadi

hanya menguji cekalnya hati

sebagai khalifah yang sejati


kembali pada Tuhan mu

kembalilah kepada Tuhan mu

tak perlu kau meragui andai teguh keimananmu

pasti bahagia menanti

di akhirat yang abadi..
-Hijjaz-

Monday, November 17, 2008

Mentaliti kita..


Salam..Alhamdulillah
baru ada kelapangan bagi Pena untuk memulakan penulisan Pena..baru settle final exam..entahlah,bagaimana result nya nanti..apapun,Pena berserah dan terus percaya pada formula UDT..UDT??mungkin pelik..sebenarnya,itulah rumus kejayaan yg sering kita dengar ataupun dapat kali menghadiri kem-kem motivasi.."Usaha,Doa & Tawakal"..
di sinilah secara tak langsung menyedarkan kita tentang betapa pentingnya mentaliti seseorang ketika sebelum ataupun sesudah exam..sudah tentu kita semua mengharapkan yg terbaik dalam setiap apa yg kita lakukan..tapi,kadang2,kita tergoyah juga akhirnya,apabila tidak mendapat result yg baik dalam exam..sedarlah wahai sahabat,renungkan kembali,berapa banyak usaha kita,bagaimana hubungan kita dengan Dia sebelum dan selepas exam..sesetengah dari kita sebelum exam sahaja,menjaga hubungan dengan Dia..tapi,apa jadi dengan kesudahannya??renungkan kembali..
betulkan niat kita sahabat2..apa tujuan kita belajar??adakah semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang??ataupun diselangi niat asal kita iaitu mendapat mardhatillah??muhasabah kembali..kegagalan sekali tidak bermakna gagal selamanya..ini hanya ujian Dia kepada kita untuk melihat bagaimana teguhnya iman kita terhadapNya.
biarlah kita menjadi orang yg kejayaan duniawi disertai dengan kejayaan ukhrawinya..pernah Pena terdengar seorang motivator berkata "orang yang mengejar akhirat,semestinya dunia akan mengejarnya"..dunia ini ibarat ladang akhirat..segalanya harus kita tanam dan bajainya di sini untuk kita tuai hasilnya di 'sana' kelak..renung2kanlah sahabat..
jadi,janganlah kecewa dgn result yg telah ataupun bakal kita terima..jadilah hamba yang bersyukur.terima dgn redha sebarang kemungkinan..ada hikmahnya sahabat atas tiap ketentuan Tuhan.betulkan niat & mentaliti kita..tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya masing2.janganlah kelebihan itu membuatkan kita sombong & bongkak dan jangan pula,kelemahan dijadikan alasan untuk tidak berusaha dan sentiasa berputus asa..
ingatlah,kegagalan hari ini sebagai satu pengorak langkah kita untuk terus maju di masa hadapan..sematkan dalam minda "PERJALANANKU JAUH,TAPI ITULAH YANG DITUNTUT OLEHKU,DEMI MENGEJAR SINAR DI HUJUNG DESTINASI"..sampai di sini sahaja post Pena untuk kali ini untuk pekongsian bersama bagi diri Pena dan sahabat2.. bertemu dalam post selanjutnya..insyaAllah..
wallahu'alam.