Selesai mendengar pembentangan bajet 2011 daripada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Jumlah keseluruhan bajet 2011 yang dicadangkan adalah RM212 billion yang merangkumi RM162.8 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.2 billion untuk pembangunan. Kerajaan dijangka akan mengalami penurunan defisit daripada 5.6% pada tahun 2010 kepada 5.4% pada 2011.
Bajet 2011 adalah bajet yang ke-53 pasca kemerdekaan dan dalam tempoh tersebut, ia telah melalui 10 Rancangan Malaysia, 1 Misi Nasional dan 3 rancangan jangka panjang.
Dari tempoh di awal kemerdekaan, pendapatan per kapita telah meningkat daripada $260 kepada $8000 pada masa kini.
Dengan bertemakan "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", ia memerlukan 4 strategi untuk merealisasikan impian tersebut.
Empat strategi utama dalam Bajet 2011 ini ialah :
1. Mendayakan kembali pelaburan swatsa
2. Membangunkan modal insan
3. Mensejahterakan hidup rakyat
4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
Antara "main highlights" sewaktu mendengar pembentangan YAB Perdana Menteri tadi,secara kasarnya (belum mendapat figure yang tepat buat masa ini) adalah:
1.Lebuhraya milik PLUS tidak akan menaikkan harga tol selama 5 tahun berturut. (Alhamdulillah,kepada pengguna tol,anda tidak akan merungut lagi harga tol asyik naik je).
2.Pengecualian cukai (3-5%) untuk barangan-barangan terpilih seperti yang disebutkan oleh PM tadi antaranya ialah bedak talkum, kelambu, kemeja, seluar dalam dan lain-lain termasuk pewarna rambut.???? (Tapi,kebayakan barangan yang disenaraikan adalah barangan yang bukanlah barangan yang kita beli selalu. Kita cuma beli dan gunakan untuk tempoh yang lama, kemudian barulah beli semula)
3.Program Latihan 1 Malaysia yang boleh dijalani pada waktu malam dan hujung minggu untuk meningkatkan kemahiran seperti bakeri dan lain-lain.
4.Penambahan lagi Klinik 1 Malaysia di seluruh negara untuk menambah bilangan Klinik 1 Malaysia yang sedia ada.
5.Elaun pemimpin tempatan dinaikkan kepada RM800 sebulan.
6.Gaji tetap kepada jawatan tertentu akan dinaikkan (posmen, pengawal keselamatan). Tetapi ia bergantung kepada kawasan.
7.Pewujudan "Trust School" ataupun "Sekolah Amanah".
8.Penyediaan multivitamin kepada murid sekolah rendah untuk penjagaan dan peningkatan minda.
9.Dana Belia 1Malaysia, untuk menjalankan program-program belia yang berkonsepkan 1Malaysia.
10.Klinik Bergerak 1Malaysia, menggunakan 4 buah bas (kalau tak silap) yang akan bergerak dari satu tempat ke tempata yang lain.
11.Pendaftaran hartanah hanya mengambil masa 1 hari berbanding 30 hari sebelum ini.
12.Pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan pada penjawat awam tetapi sistem tersebut akan digantikan dengan 1 sistem baru.
13.Bantuan khas untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak sebanyak RM500 untuk penjawat kerajaan Gred 54 dan ke bawah.Bayaran akan dibuat Disember ini.
14.100% pinjaman untuk pemilikan pertama untuk membeli rumah.
15.Penjagaan aset kemerdekaan negara seperti Stadium Merdeka. Disebut juga tadi,pembinaan menara baru 100 tingkat yang dijangka siap pada 2015.
16.Program Permata Negara dipertingkatkan lagi.
Ini adalah antara sebahagian daripada main highlight yang sempat saya catat semasa sesi 1 jam 36minit ini berlangsung bermula 4.05pm hingga 5.41pm. The exact figure masih belum dapat dikemukakan. Entry seterusnya akan memuatkan figure sebenar peruntukan untuk setiap peruntukan kerajaan dalam bajet 2011. Mohon maaf sekiranya apa yang disenaraikan kurang tepat disebabkan beberapa masalah teknikal.
Sebagai mahasiswa, ambillah kesempatan ini untuk berdiskusi academically bersama kawan-kawan, pensyarah ataupun masyarakat sekeliling. Terus melakukan analisa, berbincang dan memberikan pendapat terhadap Bajet 2011 yang baru sahaja dibentangkan tadi..InsyaAllah, satu pengalaman yang menarik dan menggalakkan kita lebih kritikal dalam berfikir dan berhujah.=)

No comments:
Post a Comment