Wednesday, November 24, 2010

Hebatnya kuasa SMS


Lama tak mencoret. Tiba-tiba malam ni terasa nak tulis sesuatu. Sesuatu? Macam lebih dari satu benda. Semuanya cedok sana sikit sini sikit. Jadilah, buat lepas tension dengan menulis.

Isu satu: SMS
Hari ni jam 1245 am aku check my sms log. Terkejut dengan jumlahnya. Sent text messages jumlah 31111 dan received text messages 31854. maknanya aku menerima messages lebih bayak dari aku balas. Terfikir gak kenapa? Samada aku sengaja tak balas ataupun SMS tu tak perlu dibalas?

Satu trend (sesuai ke panggil trend?macam tak je). Trend tak suka balas SMS orang lain. Applicable to myself juga the others. Tapi bila renung balik, kejam rupanya bila kita tak balas SMS orang ni. Untuk perkara yang remeh mungkin tak bagi kesan tapi untuk sesuatu yg berat ataupun memerlukan satu tindakan atau keputusan segera, membalas SMS dah jadi satu kewajipan.

Kita tak sedar, kadang-kadang kita rasa tak menjadi hal pada orang lain. kalau kita tak membalas SMS beliau. Tapi, sekiranya benda tersebut amat penting kepada beliau kita secara langsungnya dah menjejaskan gerak kerja beliau. Kita boleh di consider sebagai pentingkan diri sendiri.

SMS nampak macam remeh. Tapi dengan khidmat SMS dapat kita jimat kos panggilan, dapat erat ukhwah dengan sahabat-sahabat. Ukhwah bukan sekadar makan,main, solat bersama sahaja. Doa dalam hati utk sahabat-sahabatpun satu method mengeratkan ukhwah. Tapi SMS juga boleh menjadi pengerat lagi ukhwah. Mungkin sesetengah berpendapat, ia akan menyebabkan kita lalai asyik berSMS. Tapi, terpulang pada individu terlibat untuk tidak berlebih-lebihan dalam berSMS untuk mengelakkan daripada leka dan lalai.

Kita asyik menyalahkan, sahabat kita ada masalah ukhwah. Tapi, macam mana kita berperanan nak mengelakkan masalah ni daripada berlaku? Dengan SMS pun dah cukup. Ia terbukti bila aku buat beberapa experiments terhadap beberapa sahabat yg agak lama tidak berhubungan. Dengan bertanya "Apa khabar sahabat?". Terus dengan hanya satu SMS, tertaut kembali ukhwah kami. Boleh makan bersama, solat dsb hanya kerana bermulanya satu SMS. Jadi, jangan kita menyalahkan orang lain, jika dia jauh dari kita ,renung balik diri kita, apakah sikap acuh tidak acuh kita itu terhadap SMS bertanya khabar dari beliau ataupun kepada beliau, membuatkan beliau menjadi begitu?

Jangan impikan nak bawa satu perjuangan besar kalau benda yang semudah ini kita ambil remeh. Jangan impikan memimpin sebuah negara, malah satu organisasi kecilpun belum tentu kita layak jika sikap ambil mudah terhadap kebanyakan benda ini belum diubah.

Hebatnya kuasa SMS kerana ia juga simbol penghargaan dalam era moden kini. Mengapa begitu? Lihat contoh, dulu ucapan birthday, hari raya ataupun apa-apa kebanyakan dilafazkan guna kad. Tapi sekarang, cukup dengan SMS boleh membuatkan orang rasa dihargai. Ucapan terima kasih kadang-kadang kita terlupa untuk diucapkan atas pertolongan orang lain pada kita, pengorbanan ibu bapa kepada kita, ia boleh dan sangat mudah dibuat walaupun hanya melalui SMS. Dengan hanya 1sen, masa yg digunakan tak sampai 5minit & sgt sedikit tenaga, boleh dibuat ketika baring, bangun tidur ataupun sambil memasak dan jogging kecuali mandi dan solat, ia cukup utk membantu orang lain ataupun diri sendiri. Bukan mereka minta dihargai ,tapi ia sebagai common sense untuk kita dihargai. Belajar menghargai untuk dihargai...

*SMS simbol keputusan + persahabatan + penghargaan

Tapi, di sebalik semua itu, jika kita salah guna kuasa SMS boleh bertukar menjadi bencana. Kenapa? Yela, dengan SMS kini memeningkan mahkamah Shariah tiap kali cerai dilafazkan menggunakan SMS yang kini berita mengenainya, seringkali kedengaran di TV. Dengan SMS juga, digunakan untuk tujuan ugutan dan juga aktiviti-aktiviti jenayah. Apa nak jadilah..

Kesimpulannya, tiap teknologi yang dicipta ada baik dan buruknya bergantung kepada kebijaksanaan si pengguna. Mudahkan urusan orang lain jika kita mahu urusan kita dimudahkan. Hargailah orang lain jika kita mahukan pernghargaan. Layanilah orang lain sebaik mungkin jika kita mahu dilayan sedemikian.

Wallahua'lam..

Bersambung di isu berikutnya nanti.






Friday, October 15, 2010

INTIPATI BAJET 2011


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

1. Mendayakan kembali pelaburan swatsa

2. Membangunkan modal insan

3. Mensejahterakan hidup rakyat

4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam


Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi
- RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan
- RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2015
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli-belah

  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk Bina Infrastruktur Seperti Membina Jalan Luar Bandar Dan Untuk Membina Jalan Luar Bandar
  • Rm2.1 Bilion Diperuntuk Untuk Bina Dan Menaik Taraf Jalan Luar Bandar Di Sabah Dan Sarawak, Selain Rm696 Juta Bagi Tujuan Sama Di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (Ptk) Dimansuh Dan Diganti Dengan Sistem Penilaian Lebih Sesuai Dan Diterima Baik Penjawat Awam
  • Pinjaman rumah 100 % untuk golongan muda
  • Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh

UPDATED FROM MALAYSIAKINI